Perhimpunan Bulanan anjuran Cawangan Pengurusan dan Logistik

Perhimpunan Bulanan anjuran Cawangan Pengurusan dan Logistik

Perhimpunan Bulanan anjuran Cawangan Pengurusan dan Logistik telah diadakan di Bilik Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.

Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan diiringi oleh PgB Mohd Hafizrul bin Junaidi, Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran Bersama Pegawai-Pegawai Akademi. Inti pati teks ucapan Komandan ABPM Wilayah Sarawak adalah dari Amanat Ulung, YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dalam perhimpunan ini juga, sesi menandatangani Surat Aku Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972 juga dijalankan bagi semua pegawai di ABPM Wilayah Sarawak. Sesi tandatangan Surat Aku Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972 ini telah disaksikan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Diselitkan juga, program Hari Bersama Pelanggan Tahun 2024 turut dijalankan. Program ini bertujuan untuk mengemaskini dokumen-dokumen yang sepatutnya diisi di Buku Perkhidmatan Pegawai bertempat di Bilik Mesyuarat Tabai yang telah di kendalikan oleh Puan Mariam Urai (Pembantu Tadbir (P/O) N19).

Ujian Kecergasan Jabatan (UKJ)

Ujian Kecergasan Jabatan (UKJ)

Pada 17 Januari 2024 - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah melaksanakan Ujian Kecergasan Jabatan (UKJ).Semua pegawai akademi telah menghadiri ujian tersebut. Terdapat 5 ujian telah dilaksanakan untuk mengukur kecergasan bagi setiap pegawai akademi.

Ujian yang dilaksanakan:

1. Ukur lilit pinggang dan pinggul
2. Duduk dan menjangkau
3. Tekan Tubi dalam masa 60 saat
4. Bangun Tubi dalam masa 60 saat
5. Bleep Test 20 meter @ Walking test

Majlis Penutupan Kursus Teknik Pemadaman

Majlis Penutupan Kursus Teknik Pemadaman

Pada 12 Mac 2021, seramai 17 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgKB II Kurung anak Suwen, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Sepanjang kursus dijalankan, semua peserta kursus mengikut SOP yang ditetapkan.

Tarikh : 12 Mac 2021
Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.
#kitajagakita
#penjarakansosial