Bengkel Tatacara Pengurusan Aset dan Stor dalam Pengurusan Kewangan Negara

Bengkel Tatacara Pengurusan Aset dan Stor dalam Pengurusan Kewangan Negara

Syabas dan Tahniah diucapkan di atas berlangsungnya Bengkel Tatacara Pengurusan Aset dan Stor dalam Pengurusan Kewangan Negara yang dianjurkan oleh Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Bengkel yang dijalankan tersebut telah dihadiri seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari setiap Bahagian dan Zon di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak bersama 6 orang pegawai ABPM Wilayah Sarawak.
 
Pelaksanaan bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Sarawak, Encik Abang Roslan bin Abang Sioni. Sepanjang bengkel tersebut telah dijalankan, penceramah telah memberi pendedahan kepada peserta bagi tatacara pengurusan aset dan stor kerajaan, tatacara penerimaan dan merekod stoki, tatacara penyimpanan dan pengeluaran stok, tatacara verifikasi, keselamatan dan kebersihan, kehilangan dan hapus kira serta diselitakan tatacara pindahan dan pelupusan bagi aset alih dan stor secara kaedah bengkel.
 
Oleh itu, objektif bengkel adalah tercapai melihat kepada hasil pembentangan daripada peserta bengkel. Pihak ABPM Wilayah Sarawak mengucapkan terima kasih di atas kerjasama, semangat dan komitmen yang diberikan oleh setiap peserta bengkel yang hadir dan diharapkan peserta mampu berkongsi ilmu dan pengetahuan yang diperolehi di tempat bertugas masing-masing dan mengaplikasikan setiap tatacara dengan betul terhadap pengurusan aset dan stor di pejabat.
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengajian

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengajian

Pada 14 Jun 2024 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengajian. Majlis telah disaksikan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak.

Dalam majlis ini juga diselitakan sambutan hari jadi pegawai-pegawai akademi dari bulan Mei sehingga Jun. Akhir sekali, sesi begambar bersama Tuan Madu membuat "thumb print" kali terakhirnya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.

Majlis Penutupan Kursus Perkhidmatan (Servis) dan Pembaikan

Majlis Penutupan Kursus Perkhidmatan (Servis) dan Pembaikan

Majlis Penutupan Kursus Perkhidmatan (Servis) dan Pembaikan 654 Unit Set Peralatan Kebombaan Berenjin Pelbagai dan Model Hydraulic Power Unit Untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bagi Tempoh Dua (2) Tahun Siri 1/2024. Pada 25 Januari 2024, seramai 15 orang telah diraikan pada majlis ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan ABPM Wilayah Sarawak turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar dari syarikat One Resq iaitu pembekal Combat Tools jabatan , En Ahmad Rikzan b Abdul Rahim , Engineer One Resq Sdn Bhd dan pegawai dari Pusat kejuruteraan JBPM Salak Tinggi, En Tc Mohd Noruddin b Ab Rahman Pen. Jurutera Kanan Ketua Cawangan Aset dan Latihan Pusat Kejuruteraan Jentera JBPM

Tarikh : 25 Januari 2024 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.