MAJLIS PERPISAHAN PKPgB SYAHRUMIE BIN ALIDINSAH

Pada 20 Ogos 2019, Majlis Perpisahan PKPgB Syahrumie bin Alidinsah telah diadakan di Shiok Restoran , Kuching , Sarawak . Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak (ABPM) . Dalam Majlis ini , pegawai tersebut telah diraikan oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad , Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan kesemua pegawai-pegawai ABPM. Perpindahan PKPgB Syahrumie bin Alidinsah pada kali ini adalah atas jayanya permohonan beliau untuk bertugas di negeri kelahiran beliau . Sekalung tahniah kepada tuan, semoga tuan sentiasa berjaya dalam kerjaya dan kehidupan tuan . Doa kami sentiasa mengiringi tuan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Jumpa lagi di lain hari . Salam sayang dari kami warga ABPM Wilayah Sarawak .

 

    

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1622496337881160

LAWATAN TIMBALAN PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN KEWANGAN

Pada 14 Ogos 2019, Lawatan Timbalan Penolong Pengarah Pengurusan Kewangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak (ABPM). Tujuan lawatan ini diadakan bagi meninjau persiapan dan kesiapan siagaan ABPM Wilayah Sarawak sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang baru. Lawatan ini telah dihadiri oleh oleh Encik Richard Barahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Kewangan), Bahagian Pengurusan JBPM, Cik Kong Yen Peng, Akauntan (Unit Bajet dan Akaun) Bahagian Pengurusan JBPM dan diiringi oleh Puan Radiah binti Muhamed @ Muhamad, Penolong Pengarah Pengurusan JBPM Negeri Sarawak. Dalam sesi ini, taklimat telah disampaikan oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak tentang latar belakang ABPM Wilayah Sarawak.

 

    

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1620939241370203

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PESERTA KSSK SIRI 1/2019

Salam Hari Raya Aidil Adha daripada kami seluruh warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Disini, admin nak belanja sedikit daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh adik-adik kita dari peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 (KSSK Siri 1/2019) dalam persiapan dan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah : - Gotong royong dan majlis korban di Kampung Buso, Bau - anjuran Penghulu Kampung Buso. - Sesi pembelajaran Al-Quran dan Fardhu Ain. - Solat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Bau. - Jamuan. - Solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama Pegawai ABPM Wilayah Sarawak dan anggota-anggota Balai Bau di Surau Darul Taqwa, ABPM Wilayah Sarawak. - Ceramah Agama. - Tayangan ceramah agama. Diharap dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan ABPM Wilayah Sarawak mampu diserap oleh perserta KSSK ini. INGATLAH dua perkara iaitu : KEBAIKAN orang lain kepada kita dan KESALAHAN kita kepada orang lain. LUPAKANLAH dua perkara iaitu : KEBAIKAN kita kepada orang lain dan KEJAHATAN orang lain kepada kita. Salam Aidiladha.

      

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1616004951863632