Kemasukan pelatih-pelatih baharu bagi sesi 2022 adalah pada awal Tahun 2022. (Merujuk kepada surat arahan kemasukan yang akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)).
Senarai keperluan yang diperlukan semasa melapor diri adalah seperti lampiran yang dinyatakan bersama surat melapor diri.
Pihak Akademi menyediakan tempat penginapan asrama pelatih yang selesa kepada setiap pelatih / peserta kursus yang melapor diri di Akademi. Terdapat 4 Blok Asrama disediakan. (1 bilik+tandas= 2 orang penghuni)
Pihak Akademi menyediakan dewan makan yang luas dan selesa untuk kegunaan pelatih menikmati makanan yang disediakan secara percuma sebanyak 5 kali sehari. Makanan yang disediakan adalah meliputi Sarapan Pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam.
Bagi membendung penyalahgunaan gajet-gajet tersebut dan gangguan semasa proses latihan dilaksanakan, pihak akademi mengambil langkah pro aktif dengan DILARANG sama sekali penggunaan sebarang gajet di Akademi oleh pelatih. Namun begitu sekiranya jika terdapat sebarang perkara mustahak atau kecemasan, pihak pelatih/ keluarga pelatih boleh menghubungi talian Akademi 09-6803301 (waktu pejabat) bagi urusan tersebut. Talian kecemasan di luar waktu pejabat akan dimaklumkan apabila pelatih telah melapor diri di Akademi.
Pihak Akademi MELARANG sama sekali membawa, memiliki, mengedar bahan-bahan terlarang seperti dadah, rokok, rokok elektronik, bahan-bahan lucah, bahan-bahan berunsur racist dan sebagainya ke dalam premis Akademi. Jika didapati pelatih memiliki bahan-bahan tersebut, ianya merupakan SATU KESALAHAN dan akan diambil tindakan sewajarnya.
Kebenaran bermalam diluar @ outing adalah berdasarkan kepada prestasi semasa pelatih iaitu melibatkan jadual pembelajaran, disiplin keseluruhan pelatih, perkembangan pembelajaran, suasana persekitaran semasa (COVID-19) dan lain-lain faktor yang diambil kira. Kebenaran hanyalah boleh diluluskan oleh Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur sahaja.
Pihak Akademi menyediakan Kiosk / Mini Mart untuk kemudahan para pelatih membeli barang keperluan harian seperti sabun, baldi, dan lain-lain keperluan bertempat di Asrama.
Semasa tempoh latihan dijalankan termasuk hari kelepasan am adalah TIDAK DIBENARKAN untuk sebarang perjumpaan atau lawatan.