BENGKEL PEMURNIAN MS ISO 9001:2015 ABPM

Pada 24 Januari 2019, Majlis Penutupan Bengkel Pemurnian MS ISO 9001:2015 ABPM. Seramai 18 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgB Jesica Anak Sylvester Embuas Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Tarikh : 20 Julai 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1455496951247767

 

NYANYIAN PAGI DAN PEMERIKSAAN KENDERAAN

Pada 16 Januari 2019, Nyanyian Pagi dan Pemeriksaan Kenderaan oleh YS Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah diadakan di Padang Kawad. Nyanyian Pagi dan Pemeriksaan Kenderaan ini telah dianjurkan oleh Pengajian Penyiasatan Kebakaran, PgB Jesica anak Sylvester Embuas dan dibantu oleh TPgB Eddy Zulkifli bin Abdullah.

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1453184104812385

 

EXECUTIVE TALK YAS DATO KP

Pada 21 Januari 2019, Executive Talk oleh Yang Amat Setia, Dato’ Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Kedatangan YAS Dato’ Mohammad Hamdan bin Hj Wahid telah disambut mesra oleh semua warga ABPM Wilayah Sarawak yang diketuai oleh YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad. “Executive Talk” YAS Dato’ Ketua Pengarah pada kali ini bertajuk Sistem Pengurusan Kualiti MS:ISO 9001:2015 ke Arah Organisasi Berprestasi Tinggi. Semoga segala amanat yang telah disampaikan oleh YAS Dato’ dapat dijadikan panduan untuk semua pegawai.

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1453174488146680