MAJLIS JASAMU DIKENANG PBT JACK ANAK JANGGAT

Pada 28 Julai 2018, Majlis Jasamu Dikenang PBT Jack Anak Janggat telah diadakan di Zodiac Lounge, Harbour View Hotel, Kuching, Sarawak. Turut hadir dalam majlis ini ialah YS Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, PgKB II Sabarudin bin Mohamad dan semua ABPM Wilayah Sarawak meraikan tetamu yang dikasihi sebelum beliau bersara dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 01 Ogos 2018 ini. Dalam majlis ini juga diselitkan sambutan Hari Lahir kepada TPgB Madu Anak Anggut, PBT Jack Anak Janggat, PB Wilson Anak Donald, PB Mohammad Seimi Bin Amit dan PB Yngwie Malsteems Anak Lingki yang lahir pada bulan Jun dan Julai. Tidak dilupakan juga kepada PB Supamanian A/L Buloga Nathan atas kelahiran cahaya matanya yang ke tiga. Terima kasih atas pengalaman suka duka kita bersama apai Jack… 

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1316537965143667

 

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SOFFT DAN PENYIASATAN KEBAKARAN ASAS

Pada 20 Julai 2018, Majlis Penutupan Kursus Special Offensive Fire Fighting Technique (SOFFT) dan Kursus Penyiasatan Kebakaran Asas. Seramai 60 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Tarikh : 20 Julai 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1309071935890270

 

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKTA 341, PERLESENAN DAN KAWAD TONGKAT SUKAT

Pada 29 Jun 2018, Majlis Penutupan Kursus Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), Kursus Perlesenan dan Kursus Kawad Tongkat Sukat. Seramai 78 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Tarikh : 29 Jun 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.

 

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1284720848325379