MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT IBU PEJABAT BAGI BULAN OGOS,

Pada 29 Ogos 2018, Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Majlis pada kali ini dikelolai oleh semua pegawai-pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak yang diketuai oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Majlis ini diserikan lagi oleh kehadiran YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah JBPM Sarawak, YS PPjB Mohd Zaki bin Omar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua Balai dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan. Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini, diselitkan juga Majlis Perkenalan Pegawai Kanan yang baru melapor diri di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak iaitu PgB Alan Nelson Alfered Halup yang bertugas di Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, PgB Ardillah bin Supardi, Ketua Cawangan Pendakwaan Kebombaan dan Penyelamat, PgB Ramlan bin Marajan, Keselamatan Kebakaran JBPM Zon 2 dan Puan Nurul Nadea Shafina binti Zainal Abidin, Cawangan Pentadbiran Am, Bahagian Pengurusan. YS Pengarah turut menyampaikan Sijil Lean Management kepada YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak kerana ABPM Wilayah Sarawak telah mendapat Pengiktirafan “SILVER” dari pihak MPC dan Sektor Latihan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak telah menerima Piala Pusingan QE5S. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Puan Hadi binti Jony Yakup yang akan berpindah dan bakal memulakan khidmat beliau di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Semoga beliau akan sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat baru. Jutaan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai ABPM yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada kali ini dan kepada semua yang terlibat.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1354814004649396

 

AUDIT PEMANTAUAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI QE5S

Pada 27 Ogos 2018, Audit Pemantauan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S kali ke -4 ini telah dilakukan oleh pihak MPC. Seramai 2 orang auditor dan 2 orang pemerhati telah datang pada kali ini iaitu Cik Liyana Othman dan Khatijah Rahmat dari pihak MPC Negeri Sarawak. Manakala pihak pemerhati iaitu Encik Wee Chung Yee dari Pejabat Residen Bahagian Serian dan Puan Thian Siv Ling dari Pejabat Residen Bahagian Sri Aman. YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak telah mengetuai pembentangan dokumentasi dan Jawatankuasa Induk kepada pihak auditor sebelum audit dijalankan di kelima-lima zon 5S di ABPM Wilayah Sarawak. Zon-zon yang terlibat ialah, Zon Scania iaitu merangkumi pejabat ABPM Wilayah Sarawak, Zon Atego yang merangkumi Dewan Perdana, Zon Magirus yang merangkumi kawasan simulator dan Surau, Zon Nissan yang merangkumi Dewan Makan dan stor-stor latihan dan akhir sekali Zon Mercedes yang merangkumi bahagian asrama. Dengan menggunakan kriteria audit yang baharu iaitu penganugerahan bintang atau “star” untuk penanda aras bagi pencapaian sesebuah organisasi. Dalam Majlis Penutupan Audit, ABPM Wilayah Sarawak telah disyorkan memperolehi Persijilan Semula.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1354808931316570

 

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENYELIAAN DAN PEMASANGAN KESELAMATAN

Pada 17 Ogos 2018, Majlis Penutupan Kursus Penyeliaan dan Kursus Pemasangan Keselamatan Kebakaran Di Bangunan. Seramai 49 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgB Jesica Anak Sylvester Embuas, Wakil Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Tarikh : 17 Ogos 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1341578172639646