SAMBUTAN GAWAI RAYA ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 28 Jun 2018, Sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bagi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah diadakan di Dewan Makan (Zon Nissan) ABPM Wilayah Sarawak. Dalam sambutan Gawai Raya ini, Jemputan khas kepada YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad. Jemputan-jemputan lain juga termasuklah Ketua Balai BBP Bau serta pegawai-pegawai BBP Bau , Jurulatih Kawad Tongkat Sukat dari ABPM Kuala Kubu PBK I Basir dan kesemua peserta kursus dari Kursus Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), Kursus Perlesenan dan Kursus Kawad Tongkat Sukat. Sambutan ini diadakan bagi merapatkan lagi silaturahim sesama pegawai dan mengeratkan lagi perhubungan di antara peserta kursus dengan pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak. SELAMAT HARI RAYA… MAAF ZAHIR DAN BATIN dari semua staff ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1284716681659129

 

Majlis Penutupan Kursus SBO dan Kursus MBK

Pada 08 Jun 2018, Majlis Penutupan Kursus Sarawak Building Ordinan 1994 (SBO) dan Kursus Penghapusan Bahaya Kebakaran (MBK). Seramai 60 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Tarikh : 08 Jun 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1261452027318928

 

Kursus Pembangunan Perisian Pengkalan Data Sistem Rekod Fail

Pada 5-7 Jun 2018, Kursus Pembangunan Perisian Pengkalan Data Sistem Rekod Fail Dan Sistem Pengurusan Kursus telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Kursus ini diadakan bagi memantapkan lagi skill bagi setiap pegawai dalam menguruskan fail-fail dan kursus-kursus yang akan diadakan di ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1261449143985883