MESYUARAT KOMANDAN , HAL EHWAL PELATIH DAN PEGAWAI KEWANGAN ABPM

Pada 15 hingga 16 Ogos 2018 seramai 19 orang pegawai-pegawai dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia dari seluruh Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Komandan, Hal Ehwal Pelatih dan Pegawai Kewangan yang bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Semua Komandan yang terlibat iaitu YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad sebagai tuan rumah (Komandan ABPM Wilayah Sarawak), YS PKPjB Md Ali bin Ismail ( Komandan ABPM Wilayah Tengah), YS PKPjB Sobberi bin Basiran (Komandan ABPM Wilayah Timur), YS PgKB I Md Zin bin Salleh (Komandan ABPM Wilayah Utara) dan TPgB Rohaizat bin Ruzali (Wakil Komandan ABPM Wilayah Sabah). Mesyuarat Komandan ini di pengerusikan oleh YS PKPjB Md Ali bin Ismail bagi membincangkan isu-isu dan permasalahan dari kesemua ABPM dari seluruh Malaysia.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1341572615973535

 

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE

Pada 15 Ogos 2018, Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Sabah dan Sarawak telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, sijil penyertaan dan Plak Anugerah Emas diserahkan oleh YS PKPjB Md Ali bin Ismail (Komandan ABPM Wilayah Tengah) dan diiringi oleh YS PKPjB Sobberi bin Basiran (Komandan ABPM Wilayah Timur) kepada YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad sebagai Fasilitator Kumpulan Tringgus, TPgB Abang Azemi bin Abang Annuar sebagai Ketua Kumpulan, TPgB Eddy Zulkifli bin Abdullah sebagai Penolong Ketua Kumpulan dan PB Mohammad Seimi bin Amit sebagai ahli Kumpulan Tringgus. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada kesemua ahli Kumpulan Tringgus yang berjaya mendapat Anugerah EMAS dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Sabah dan Sarawak (MTeX) 2018.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1341570635973733

 

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH 2018

Pada 01 – 02 Ogos 2018, Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2018, Wilayah Sabah dan Sarawak diadakan di The Pasific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Konvensyen pada kali ini diketuai oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad sebagai fasilitator Kumpulan Tringgus, TPgB Abang Azemi bin Abang Annuar sebagai Ketua Kumpulan, TPgB Eddy Zulkifli bin Abdullah sebagai Penolong Ketua Kumpulan, PB David anak Ritikos dan PB Mohammad Seimi bin Amit sebagai ahli kumpulan. Dalam Konvensyen ini, sebanyak 43 buah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan dari negeri Sabah dan Sarawak telah menyertai konvesyen pada kali ini. Tidak kurang hebatnya wakil dari ABPM Wilayah Sarawak iaitu Kumpulan Tringgus telah mendapat anugerah EMAS dalam konvensyen ini. Tahniah kepada semua pegawai yang teribat… Teruskan usaha dalam memartabatkan dan menaikkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1324631781000952