๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ข๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐จ๐ฅ๐๐ก๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Majlis perasmian Bengkel Persediaan Perolehan di Bawah Bajet Pembangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tahun 2025 telah berjaya disempurnakan oleh YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).
๐
Tarikh Bengkel:
25 Disember hingga 29 Disember 2024
๐ Lokasi:
Bilik Kuliah Ixora 2, Asrama Ixora, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
โจ Objektif Bengkel:
Bengkel ini bertujuan:
Membantu peserta memahami garis panduan dan prosedur perolehan terkini.
Memastikan pelaksanaan perolehan bajet pembangunan tahun 2025 berjalan secara terancang dan cekap.
Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan majlis dan bengkel ini! ๐๐ฅ
Laporan Ringkas Kursus Fire Safety Management
Penganjur: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu
Peserta: 18 orang, termasuk pensyarah dan kakitangan dari Fakulti Keselamatan Kebakaran Universitas Negeri Jakarta, Indonesian Standardisation Agency, dan Indonesian Fire & Rescue Foundation
Tarikh: 11-14 November 2024
Tempat: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah
Objektif Kursus: Kursus intensif selama empat hari ini bertujuan memperkenalkan konsep pengurusan keselamatan kebakaran di Malaysia kepada peserta dari Indonesia. Fokusnya termasuk memahami peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam keselamatan kebakaran dan pelaksanaan peraturan keselamatan di setiap fasa pembangunan bangunan.
Topik-Topik Utama:
Lawatan Sambil Belajar ke Hotel Shangri-La Kuala Lumpur: Sebagai sebahagian daripada kursus, para peserta mengadakan lawatan ke Hotel Shangri-La Kuala Lumpur untuk melihat amalan pengurusan keselamatan kebakaran di sektor hotel. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk menilai sistem keselamatan, latihan pengungsian, dan strategi pencegahan yang diterapkan bagi memastikan keselamatan penghuni dan pengunjung hotel.
Penutup: Kursus ini memperkuatkan jalinan kerjasama antara JBPM dan Universitas Negeri Jakarta dalam bidang keselamatan kebakaran. Maklum balas positif menunjukkan minat yang tinggi untuk mengaplikasikan pendekatan JBPM di peringkat antarabangsa, sekaligus membuka peluang bagi pertukaran ilmu secara berterusan antara kedua-dua negara.
ย
ย
29 Oktober 2024 (Selasa) ย Dewan Cemerlang - Telah diadakan Sesi Perkongsian Kepakaran Swift Water Rescue yang telah dihadiri oleh Wakil Komandan ABPM Wilayah Tengah, Pegawai Ibu Pejabat, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak . Sesi perkongsian ย telah disampaikan oleh Pegawai dari Hong Kong Fire Sevice CHEUNG Ka Wo HKFSD Swiftwater and Flood Rescue Instructor Trainer dan juga Pegawai JBPM PgKB | Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Pen Pengarah Operasi Selangor.
Sekian, Terima Kasih.
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan