Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

𝑺𝑬𝑺𝑰̇ 𝑳𝑰𝑩𝑨𝑻 𝑼𝑹𝑼𝑺 𝑻𝑰𝑴𝑩𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑻𝑼𝑨 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹𝑨𝑯 (𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑼𝑵𝑨𝑵) 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑲𝑰𝑻𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑨𝑩𝑷𝑴 𝑾𝑰𝑳𝑨𝒀𝑨𝑯 𝑻𝑬𝑵𝑮𝑨𝑯

𝑺𝑬𝑺𝑰̇ 𝑳𝑰𝑩𝑨𝑻 𝑼𝑹𝑼𝑺 𝑻𝑰𝑴𝑩𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑻𝑼𝑨 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹𝑨𝑯 (𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑼𝑵𝑨𝑵) 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑲𝑰𝑻𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑨𝑩𝑷𝑴 𝑾𝑰𝑳𝑨𝒀𝑨𝑯 𝑻𝑬𝑵𝑮𝑨𝑯
 
Kuala Kubu Bharu- 6 Jun 2024 (Khamis) Satu Sesi Libat Urus YAS PjB Othman bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM bersama Kakitangan ABPM Wilayah Tengah telah berlangsung Di Dewan Teratai Asrama Exora. Komandan ABPM Wilayah Tengah memulakan dengan Sesi Taklimat seterusnya Ucapan TKP Pembangunan. Dalam pada masa yang sama TKP Pembangunan telah
merasmikan Mesyuarat Pengurusan Kejuruteraan Jentera Seksyen Kejuruteraan Jentera JBPM.
Sekian Terima Kasih.

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙂𝙐𝙍𝙐 2024

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙂𝙐𝙍𝙐 2024

Selamat Hari Guru kepada seluruh Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah.

Orang hebat boleh melahirkan karya bermutu. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat. Selamat Hari Guru Tahun 2024.

𝑰𝑲𝑯𝑳𝑨𝑺 𝑫𝑨𝑹𝑰𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑲𝑶𝑴𝑨𝑵𝑫𝑨𝑵 𝑨𝑩𝑷𝑴 𝑾𝑰𝑳𝑨𝒀𝑨𝑯 𝑻𝑬𝑵𝑮𝑨𝑯

Pelatih Kadet Diploma Lanjutan SainS Kebombaan (DLSK) Siri 1/2024 telah menjalani ujian Individual Physical Proficiency Test (IPPT) dan pengukuran Body Mass Index (BMI)

Kuala Kuala Kubu, 26 April 2024 (Jumaat) - Pelatih Kadet Diploma Lanjutan Sains Kebombaan (DLSK) Siri 1/2024 telah menjalani ujian Individual Physical Proficiency Test (IPPT) dan pengukuran Body Mass Index (BMI). Ujian penting ini telah dilaksanakan oleh Urusetia PTi ABPM Wilayah Tengah kepada 30 pelatih kadet.

Ujian yang diadakan untuk menilai tahap kecergasan dan tenaga fizikal para kadet, telah berjalan lancar bermula jam 7.00 pagi.

Pihak ABPM bersyukur atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam ujian ini.

Keputusan ujian IPPT dan BMI akan menjadi panduan penting dalam pembangunan program latihan individu bagi setiap pelatih kadet. Hasil penilaian ini diharap akan memberi dorongan kepada pelatih kadet untuk terus meningkatkan prestasi fizikal mereka.

Kepada semua pelatih kadet DLSK yang telah mengambil bahagian dalam ujian ini, tahniah atas usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan. Teruskan semangat itu dan jangan berhenti untuk mencapai kecemerlangan.

Disediakan oleh:
Urusetia PTi ABPM Wilayah Tengah

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan