Kuala Kubu Bharu, 8 Mac 2024 - Kursus yang dianjurkan oleh Pengajian Penyelamatan ABPM Wilayah Tengah dari tarikh 4 hingga 8 Mac 2024, peserta telah diberikan peluang untuk mendalami topik pengurusan operasi bangunan runtuh atau tanah runtuh.
𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮
𝗔𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻: 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗕𝗣𝗠 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀: 𝟰 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟴 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰
Tajuk Kursus: Pengurusan Operasi Bangunan Runtuh/Tanah Runtuh
Kursus di atas telah berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir dan mengikuti kursus ini.
Jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah menyampaikan ilmu serta perkongsian pengalaman yang berharga kepada peserta.
Kepada rakan strategik kami, Pasukan SMART, kami hulurkan terima kasih atas kerjasama yang telah terjalin. Penyelenggaraan latihan praktikal di Markas Pasukan SMART Pulau Meranti telah memberi nilai tambah kepada kursus ini.
Semoga peserta yang terlibat mendapat manfaat yang besar daripada kursus ini dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dengan berkesan.
Sekian makluman ini, salam hormat.
"𝑻𝒓𝒂𝒊𝒏𝒊𝒏𝒈 𝑻𝒐𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝑬𝒙𝒄𝒆𝒍𝒍𝒆𝒏𝒄𝒆"
Kuala Kubu Bharu, 8 Mac 2024 - Komandan ABPM Wilayah Tengah, PPjB Muhamad Azmi Bin Ismail telah menyempurnakan Majlis Amanat Suku Pertama bagi Tahun 2024.
Penuh khidmat dan penuh makna, acara dimulakan dengan Pemakaian Tanda Pangkat KUP KB 22, di mana kehadiran tanda pangkat menjadi pengiktirafan kepada kejayaan para anggota. Tidak kurang penting, Kempen Penjimatan Elektrik EKSA turut diperkenalkan untuk mendorong kesedaran kelestarian alam di kalangan anggota.
Taklimat Pelaksanaan Let’s Get Fit telah menyuntik semangat kesihatan dan kecergasan dalam kalangan anggota ABPM, mencetus semangat hidup sihat di kalangan mereka. Pengucapan Awam yang penuh inspirasi turut menghiasi majlis, memotivasikan anggota untuk terus berusaha dan berkhidmat dengan setulus hati.
Tambahan pula, penghargaan Pekerja Contoh diberikan kepada individu yang menonjolkan prestasi cemerlang, memberikan contoh yang memotivasikan anggota lain. Majlis ini tidak hanya sebagai satu acara rasmi, tetapi juga sebagai bentuk penghormatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anggota ABPM.
23 Februari 2024 (Jumaat) - ABPM Wilayah Tengah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada semua peserta kursus Pengurusan Operasi dan Menyelamat (SAR) anjuran Pengajian Penyelamatan kali ini. Semua peserta yang hadir menunjukkan komitmen yang terbaik dalam mengikuti keseluruhan jadual yang telah disusun oleh pihak ABPM Wilayah Tengah.
Terima kasih tidak terhingga kepada Penceramah, Fasilitator & Jurulatih yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung membantu kelancaran kursus ini berlangsung.
Diucapkan agar perjalanan tuan-tuan kembali ke destinasi masing-masing sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.
Salam hormat.
"Training Towards Excellance"