MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN PROGRAM BERBUKA PUASA

Pada 25 Mei 2018, Majis Jasamu Dikenang dan Program Berbuka Puasa di Hotel Grand Continental, Kuching, Sarawak. Majlis Jasamu Dikenang adalah bagi meraikan PB Anif Hanafi bin Adenan serta keluarga yang telah banyak menyumbang sumbangan dan bakti sepanjang beliau berkhidmat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Jemputan yang hadir adalah YS Komandan bersama isteri dan keluarga-keluarga warga ABPM Wilayah Sarawak. Disusuli dengan Program Berbuka Puasa bagi kesemua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Diharap dengan adanya program-program seperti ini dapat mengimarahkan lagi tali persaudaraan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1254808011316663

 

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SBO DAN PENGURUSAN BILIK KAWALAN & PILI BOMBA

Pada 25 Mei 2018, Majlis penutupan Kursus Sarawak Building Ordinan 1994 (SBO) dan Kursus Pengurusan Bilik Kawalan & Pili Bomba. Seramai 60 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Tarikh : 25 Mei 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1254803714650426

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YS KOMANDAN

Pada 23 Mei 2018, Majlis berbuka puasa bersama YS Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad. Majlis berbuka puasa ini diadakan di Zon Nissan, Dewan Makan ABPM Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, kesemua pegawai ABPM Wilayah Sarawak telah dijemput termasuk peserta kursus Sarawak Building Ordinan 1994 (SBO) dan Peserta kursus Penghapusan Bahaya Kebakaran. Seusai majlis berbuka puasa ini, program diteruskan dengan Sembahyang Isyak dan diikuti sembahyang sunat Tarawih. Aktiviti moreh pula bagi mengeratkan lagi hubungan antara peserta kursus dan pegawai-pegawai Akademi. Kami warga ABPM Wilayah Sarawak mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Puasa jangan tak puasa….

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1252379574892840

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1252379574892840