Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN JPA KE ABPM WILAYAH TENGAH

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN JPA KE ABPM WILAYAH TENGAH
 
12 Februari 2025,satu Lawatan Pelaksanaan Modul Bomba dan Penyelamat Siri II bagi Program DPA INTAN Tahun 2024/2025 telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perjalanan modul serta memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam memenuhi objektif latihan yang telah ditetapkan.
 
Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Mohd Zulkefley bin Mohd Sabri, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari JPA, wakil INTAN, serta pegawai akademi yang terlibat dalam modul ini.
 
Objektif Lawatan
1. Menilai keberkesanan pelaksanaan modul dalam membentuk kompetensi peserta dalam aspek kebombaan dan penyelamatan.
2. Memantau kemajuan peserta dalam mengikuti latihan yang melibatkan teori, amali serta ujian fizikal.
3. Mengenal pasti sebarang penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti modul pada masa akan datang.
 
Sekian, terima kasih.

HARI PERTAMA KURSUS PASCASISWAZAH PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK SIRI 1/2025

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓

9 Februari 2025 – Seramai 60 peserta Kursus Pascasiswazah Pegawai Tadbir Diplomatik Siri 1/2025 telah melapor diri bagi Modul Kebombaan dan Penyelamatan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu.

Peserta terdiri daripada 40 orang lelaki dan 20 orang wanita, serta 3 orang urusetia.

Antara program yang dijalankan pada hari pertama adalah:
1. Orientasi, lapor diri, pendaftaran asrama dan pemeriksaan kesihatan.
2. Pengenalan Breathing Apparatus (BA) dan Basic Life Support (BLS).
3. Penggunaan alat pemadam api dan Confined Space Rescue.
4. Pengenalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta peranan dan tanggungjawabnya.

Sekian,terima kasih

Sesi Face Print Terakhir PPjB Hj. Abdul Halim bin Hj. Mohamed Jadi, Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran merangkap Timbalan Komandan ABPM Wilayah Tengah

Jumaat, 31/01/2025 Warga ABPM Wilayah Tengah hadir berkumpul di perkarangan Bilik Kawalan pada jam 4.30 petang tadi bagi menyaksikan sesi face print terakhir PPjB Hj. Abdul Halim bin Hj. Mohamed Jadi, Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran merangkap Timbalan Komandan ABPM Wilayah Tengah.

PPjB Noor Hisham bin Kamal, Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran mewakili YBrs. Komandan ABPM Wilayah Tengah telah menyampaikan Sijil Penghargaan Persaraan kepada Tuan Haji Abdul Halim pada kesempatan majlis tadi.

Hari ini merupakan hari terakhir beliau bertugas dan akan bersara pilihan. Seluruh warga ABPM Wilayah Tengah mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Abdul Halim dan didoakan semoga sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan