Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

LAWATAN KURSUS TUNNEL FIRE FIGHTING SIRI 1/2026

LAWATAN KURSUS TUNNEL FIRE FIGHTING SIRI 1/2026
KUALA LUMPUR, 22 April – Pengajian Pemadaman Kebakaran telah melaksanakan lawatan lapangan bagi Kursus Tunnel Fire Fighting Siri 1/26 di Stesen MRT TRX (Laluan Putrajaya & Kajang) bermula jam 11 malam tadi.
Sesi pendedahan ini merangkumi:
Operasi Terowong: Pengalaman langsung di dalam terowong MRT.
Sistem Keselamatan: Taklimat Fire Control Room (FCR) dan sistem pemadaman kebakaran.
Logistik Penyelamatan: Demonstrasi penggunaan Motorised Track Trolley (Troli Bomba).
Latihan intensif hingga jam 5 pagi ini bertujuan memastikan peserta cekap dan bersedia mendepani situasi kecemasan di infrastruktur bawah tanah.
Sumber: Pengajian Pemadaman Kebakaran

KURSUS TEKNIK MENGAJAR ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN (OKK)

KURSUS TEKNIK MENGAJAR ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN (OKK)

Kuala Kubu Bharu, 10 Mac 2026 – Satu langkah proaktif memperkasakan kualiti latihan kebombaan telah dilaksanakan pagi tadi melalui Majlis Perasmian Kursus Teknik Mengajar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi itu telah disempurnakan dengan penuh pengisian melalui amanat YAS Dato' Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah.

Fokus Utama Kursus:

* Penyelarasan Standard: Memastikan teknik pengajaran selaras dengan National Occupational Skills Standard (NOSS).
* Pembangunan TVET: Mengintegrasikan elemen Technical Vocational Education Training dalam modul latihan kebakaran.
* Kualiti Jurulatih: Melahirkan barisan pegawai yang kompeten dalam menyampaikan ilmu keselamatan kebakaran kepada organisasi luar dan masyarakat.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini (10 - 12 Mac) dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai cawangan dan negeri, sebagai persediaan memantapkan lagi fungsi JBPM dalam aspek pencegahan dan pendidikan keselamatan.

#JBPM #BombaMalaysia #ABPMWilayahTengah #KeselamatanKebakaran #OKK #MalaysiaMadani #LatihanKebombaan

JUBLI EMAS: 28 PEGAWAI KADET BOMBA KINI SEDIA BERBAKTI πŸš’πŸ’¨

JUBLI EMAS: 28 PEGAWAI KADET BOMBA KINI SEDIA BERBAKTI πŸš’πŸ’¨

Kuala Kubu Bharu, 6 Mac - Tahniah diucapkan kepada 28 Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan latihan intensif Diploma Pascasiswazah & Diploma Lanjutan Sains Kebombaan Siri 1/2025 di ABPM Wilayah Tengah pagi tadi! Majlis penuh istiadat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri KPKT. πŸŽ–οΈ

Apa yang membanggakan, latihan kali ini bukan sahaja mendapat akreditasi penuh MQA, malah para graduan membuktikan ketahanan mental yang luar biasa apabila berjaya menamatkan latihan dalam keberkatan bulan Ramadan serta bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penyatuan Bomba Malaysia. Memang terbaik! πŸ‘βœ¨

Syabas kepada semua penerima anugerah, terutamanya PgB Muhammad Alfian Mashuti dan PPgB Zahid Enriqh atas kecemerlangan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan. Semoga kehadiran 'Future Leaders' ini terus memperkukuh kualiti perkhidmatan JBPM demi keselamatan rakyat dan negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

#KPKT #JBPM #BombaMalaysia #MalaysiaMadani #LatihanBomba #JubliEmasBomba #AbpmWilayahTengah

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan