Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

Hari Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi sempena kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

Hari Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi sempena kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 (Program MTL Log Day)

Program MTL Log Day telah dijalankan dan dihadiri oleh 1 x Pegawai Kanan dan 1 x penyelia dan 4 x anggota bagi bersiap sedia dan memeriksa peralatan-peralatan dan kenderaan bagi persediaan bantuan banjir akan datang.

‎Pegawai Pemantau:

1. PgKB I Jelani bin Ahad - Bhgian Operasi HQ
2. PgB Nur Shahidah Nafisah binti Rosaney - Bahagian Operasi HQ

‎Tarikh: 1 November 2025 (Sabtu) 

‎Masa: 12pm

‎Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan MS ISO 37001:2016 Bersama SIRIM di ABPM Wilayah Tengah

29 Oktober 2025 (Khamis) – Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan MS ISO 37001:2016 oleh pihak SIRIM telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Enggang, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh PPjB Rusmaini bin Ahya, Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran.

Bengkel Integriti di APBM Wilayah Tengah Perkasa Nilai Penjawat Awam AUDITORIUM HJ MANSUR

16 OKTOBER 2025 – Seramai 30 pelatih bomba bersama 86 pegawai dan staf Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (APBM) Wilayah Tengah telah menyertai Bengkel Pengukuhan Integriti dan Nilai yang diadakan di sini, hari ini. Bengkel yang bermula jam 8:30 pagi itu menampilkan penceramah dari Unit Integriti JBPM, Puan Ummi Aliah Binti Bahudin. Beliau menekankan kepentingan akauntabiliti, disiplin, dan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam. Para peserta didedahkan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 [P.U.(A) 395/1993] serta peranan penyelia dalam mengawasi tatatertib melalui Sistem Kawalan Akauntabiliti dan Integriti (SKAI). Puan Ummi Aliah turut mengingatkan bahawa imej jabatan adalah lebih penting daripada populariti diri. Program ini bertujuan memupuk budaya kerja berintegriti tinggi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan