UJIAN KEMAHIRAN TAKTIKAL KEBOMBAAN (UKTK)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
TARIKH: 4.06.2024
Tempat: PADANG KAWAD ABPM WILAYAH UTARA PERAK
Pengisian: Menguji tahap kecergasan anggota ABPMWU Gred KB 19 hingga KB 28 bagi dapat melaksanakan tugasan dan aktiviti yang dijalankan dengan baik dari segi mental dan fizikal
Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS PERLESENAN & KURSUS KOMPAUN

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM MALAYSIA MADANI, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.
 
31 Mei 2024 (Jumaat) - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Perlesenan & Kursus Kompaun telah disempurnakan oleh wakil Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara PKPgB Azleen bin Haji Alias.
Kedua² kursus ini telah diadakan pada 27hb hingga 31hb Mei 2024.
Sekian, terima kasih.

Instructor Training Course (ITC) Kursus Pembangunan Modal Insan Kompetensi Jurulatih

AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi, Tinggi, Cepat dan Mesra..
 
29 Mei 2024 (Rabu) - Akademi Bomba Wilayah Utara (ABPMWU) sedang melaksanakan satu (1) program Instructor Training Course (ITC) iaitu Kursus Pembangunan Modal Insan Kompetensi Jurulatih kepada pegawai-pegawai ABPMWU bertempat di Kuala Razila, Gopeng bermula 28hb hingga 31hb Mei 2024.
Tenaga-tenaga pengajar bagi kursus ini terdiri pegawai kanan ABPMWU yang diketuai oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPMWU, PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu, PKPgB Mohd Saiful Idhlan bin Ismail dan PKPgB Raja Amirool Faiz bin Raja Anuar.
Dalam program ITC ini diselitkan juga
Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Mei 2024 bagi ABPMWU yang disempurnakan oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPMWU. Dalam masa yang sama turut disampaikan sijil HRDCorp kepada 31 orang pegawai ABPM Wilayah Utara.