Pelantikan Pengarah Bahagian Latihan JBPM

๐˜ผ๐™จ๐™จ๐™–๐™ก๐™–๐™ข๐™ช๐™–๐™ก๐™–๐™ž๐™ ๐™ช๐™ข, ๐™Ž๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–, ๐™Ž๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™…๐™–๐™—๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™ค๐™ข๐™—๐™– & ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ฅ๐™ง๐™š๐™จ๐™ฉ๐™–๐™จ๐™ž ๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž ๐˜พ๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฉ & ๐™ˆ๐™š๐™จ๐™ง๐™–.
๐™Ž๐™€๐™๐™„๐™‰๐™‚๐™‚๐™„-๐™๐™„๐™‰๐™‚๐™‚๐™„ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™ƒ
YS TPjB ABDUL RAZAK BIN MUDA, A.M.N. A.S.D.K
di atas pelantikan sebagai
PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN,
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
berkuat kuasa mulai 20 MEI 2024.
Ikhlas daripada:
Komandan dan Warga Kerja
ABPM Wilayah Utara

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Technical Rope Rescue (TRR) Siri 1/2024.

AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
ย 
16 Mei 2024 (Khamis) - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Technical Rope Rescue (TRR) Siri 1/2024 telah diadakan dan disempurnakan oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara di Tapak Perkhemahan Kaki Bukit Larut, Taiping.
Dalam majlis ini, Tuan Komandan telah menyampaikan beberapa amanat kepada peserta kursus dan seterusnya menyampaikan sijil kepada wakil peserta kursus.
Sebelum majlis berlangsung Tuan Komandan turut melihat sendiri sesi ujian yang sedang dijalankan keatas peserta kursus yang dikendalikan oleh jurulatihยฒ TRR.
Kursus ini bermula pada 6hb hingga 17hb Mei 2024 dengan kehadiran seramai 25 orang. Latihan bagi minggu kedua kursus ini telah diadakan di Kaki Bukit Larut, Taiping.

KURSUS ASAS BENCANA DAN PENGENDALIAN BOT ARUS DERAS

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
ย 
12 MEI 2024 / AHAD - Kursus Asas Bencana dan Pengendalian Bot Arus Deras telah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Akademi Bomba Wilayah Utara (ABPMWU) bertempat di Jeti Nelayan Kota Setia, Teluk Intan. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 10 Mei 2024 hingga 12 Mei 2024 melibatkan kakitangan YADIM dan Sukarelawan seramai 12 orang peserta dan 7 tenaga pengajar ABPMWU. YBrs Ustaz Ramdani bin Ab. Karim, Pengarah YADIM Negeri Perak turut hadir bagi mengikuti sebahagian pelaksanaan kursus. Tujuan pelaksanaan kursus adalah bagi memastikan kakitangan dan sukarelawan YADIM sentiasa bersiap sedia memberi khidmat bantuan kepada masyarakat dalam misi bantuan semasa berlakunya bencana sekiranya diperlukan.