LAWATAN TAPAK PIHAK KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) NEGERI PERAK.

AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
10 Mei 2024(Jumaat) - 3 pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Diri Negeri Perak (KPDN) telah hadir ke Akademi Bomba Wilayah Utara bagi melihat kesesuaian tempat mengadakan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindra dan kecergasan bagi pengambilan jawatan penguatkuasa KPDN.
PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu bersama PKPgB Raja Amirool Faiz bin Raja Anuar telah menyambut kehadiran tetamu dan memberi taklimat ringkas serta mengiringi tetamu melihat tempat.

Terima kasih Bank Rakyat Cawangan Seri Iskandar atas ingatan kepada abang² & akak² Bomba, Sempena SHAB 2024

Terima kasih Bank Rakyat Cawangan Seri Iskandar atas ingatan kepada abang² & akak² Bomba, Sempena SHAB 2024

LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA KAKITANGAN ABPM WILAYAH UTARA

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
6 Mei 2024 / Isnin - Satu lawatan kebajikan telah diadakan bagi melawat Isteri PKPgB Mohammad Syafiq bin Abd Majid dan PB Murni Shazwani bt Abd Manas yang telah selamat melahirkan anak perempuan baru-baru ini. Lawatan kebajikan ini telah di ketuai oleh Timbalan Komandan, PgKB II Zahiha bt Hj Mohd Noor dan Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran, PgKB II Vijayan a/l Marimuthu bersama beberapa kakitangan akademi lain-lain pangkat ke rumah beliau.
Didoakan semoga Isteri PKPgB Mohammad Syafiq bin Abd Majid dan PB Murni Shazwani binti Abd Manas serta anak sihat sentiasa serta menjadi anak yang solehah...Aminn..
Sekian makluman Tuan/Puan...