PEMERIKSAAN PEGAWAI CGSO KE ABPM WILAYAH UTARA

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
7 Mac 2024/Khamis - Pemeriksaan Pegawai CGSO ke ABPM Wilayah Utara telah diadakan oleh Puan Rosmawati binti Ibrahim, Pegawai Keselamatan Kanan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Negeri Perak. Kehadiran beliau telah disambut oleh PgKB I Aswadi Bin Hj Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara bersama beberapa pegawai lain. Pemeriksaan ini bertujuan bagi memastikan kesiapsiagaan fizikal bangunan serta keselamatan pelindungan pejabat dalam keadaan baik.

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN PUSAT LATIHAN PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU)

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
6 Mac 2024/Rabu - Satu lawatan dari Komandan Pusat Latihan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke ABPM Wilayah Utara di ketuai oleh DSP Nazrul Azuan bin Nazeri bersama 2 pegawai lain. Lawatan telah di sambut oleh PgKB I Aswadi Bin Hj Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara bersama beberapa Pegawai lain. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti dan kursus pada masa akan datang.

Kursus OSH Train The Trainer (TTT) 1 NIOSH - ITC Pengajian Keselamatan Kebakaran

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
01 Mac 2024 / Jumaat - Kursus OSH Train The Trainer (TTT) 1 NIOSH di bawah anjuran Pengajian Keselamatan Kebakaran, ABPM Wilayah Utara telah sampai ke akhirnya. Seramai 15 orang peserta dikalangan Pegawai Bomba lain-lain pangkat telah mengikuti kursus ini yang dilaksanakan selama 5 hari bermula pada 26 Februari 2024 sehingga 01 Mac 2024. Semua peserta telah berjaya melaksanakan tugasan dan melengkapkan dokumentasi yang dikehendaki dan peserta telah diberi penilaian oleh Pegawai Penilaian daripada NIOSH, Cawangan Manjung. Sepanjang kursus peserta telah diberi bimbingan bagi melaksanakan tugasan dan melengkapkan dokumentasi daripada penceramah jemputan Puan Noor Aniza Binti Ibrahim (Jemputan NIOSH).
Objektif Kursus ini adalah bagi membina jurulatih yang kompiten serta berpengetahuan dan berkemahiran berkaitan dengan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja, cara menyampaikan subjek dengan berkesan serta menyediakan dokumen syarahan yang berkaitan secara berstruktur dan tersusun.
Kursus ini telah diselaraskan PgKB II Ts. Vijayan A/L Marimuthu bersama
Pen. Penyelaras PKPgB Mohd Saiful Idhlan bin Ismail
Sekian, terima kasih.