Program Ibadah Korban & Aqiqah Akademi Bomba Wilayah Utara 2019

Program Ibadah Korban & Aqiqah Akademi Bomba Wilayah Utara 2019

TB 14/08/2019(Rabu)-Program Ibadah Korban & Aqiqah Akademi Bomba Wilayah Utara yang dihadiri oleh staf & keluarga staf Akademi Bomba Wilayah Utara.

Bersama-sama mengeratkan ukhwah dengan bergotong royong memasak sup tulang, daging masak hitam, daging goreng kunyit, air asam jawa, ulam ulaman dan nasi putih.. Agihan daging dan bacaan doa selamat turut diadakan diakhir program.

Baris Pagi

Baris Pagi

06.07.2020 (Isnin) - PgKB I Mohd Rizal Bin Buang, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Utara, Perak telah mengetuai baris pagi bagi melihat kesiapsiagaan pegawai - pegawai bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Utara, Perak.

Pada baris pagi ini juga, turut diadakan majlis penyampaian sijil pekerja contoh bagi bulan Januari - Mac, 2020 kepada PB Ahmad Muzammil Bin Azmi dari Unit Logistik yang telah dipilih sebagai pekerja contoh bagi bulan Januari - Mac, 2020

Tahniah diucapkan kepada PB Ahmad Muzammil.

Kursus Penyelamatan Di Arus Deras Siri 3/2019

Kursus Penyelamatan Di Arus Deras Siri 3/2019

22/08/2019(Khamis) - Kursus Penyelamatan Di Arus Deras Siri 3/2019 berlangsung pada 19 hingga 23 Ogos 2019 yang dihadiri seramai 19 orang peserta.