SHAB 2024

Moh kome...!!!
Jangan lepaskan peluang bawa anak² kome tengok abang² & kakak² bomba di Jalan Tambun, Sunway City, Ipoh.
Nak tengok pameran, jentera bomba dan pelbagai aktiviti moh ke sana...

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN PPDA SIRI 1/2024.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
23 April 2024 / Rabu - PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu, Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengukuhan Pasukan PPDA Siri 1/2024 di Auditorium Dato' Haji Soiman, Akademi Bomba Wilayah Utara.
Kursus ini telah diadakan pada 22hb hingga 26hb April 2024 dengan kehadiran seramai 26 orang peserta.
Kursus merangkumi pembelajaran secara teori dan praktikal iaitu di tasek Akademi Bomba Wilayah Utara.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API (APA) SIRI 1/2024.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra. 
23 April 2024 / Rabu - Satu Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penyelenggaraan Alat Pemadam Api (APA) Siri 1/2024 telah disempurnakan oleh PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu.
Kursus ini telah diadakan pada 22hb hingga 24hb April 2024 dengan kehadiran seramai 28 orang peserta dari gred KB24 hingga KB19.
Kursus ini direkabentuk untuk memberi penerangan kepada pegawai-pegawai bomba berkaitan keperluan sistem alat pemadam api mudah alih mengikut UBBL 1984, MS 1539 dan arahan jabatan. Kandungan modul yang disusun dapat membantu pegawai-pegawai bomba melaksanakan tugas samada untuk kajian pelan dan penguatkuasaan Akta 341.