Salam Takziah kepada semua keluarga mangsa yang membabitkan 2 helikopter TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April 2024 (Selasa).
Semoga keluarga mangsa yang terkorban diberi kekuatan menghadapi musibah ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di Malaysia.
Semoga Aidilfitri pada tahun ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Marilah kita mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan sahabat handai.
Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.
Tulus ikhlas: PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan & warga kerja Akademi Bomba Wilayah Utara
4 April 2024 / Khamis - Setiap kali bulan Ramadan Kelab Sukan, Kebajikan & Kebudayaan (KSKK) Akademi Bomba Wilayah Utara akan memberi sumbangan kepada keluarga ASNAF di kawasan Tronoh.
PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua KSKK ABPM Wilayah Utara bersama En Wan Noor Isyam bin Taib dan PBK II Sulaiman bin Sadarali telah menziarahi 2 keluarga ASNAF & menyampaikan sumbangan bagi membantu keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri.