KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN ABPMWU KE PEJABAT DAERAH & TANAH KINTA

15 Februari 2024 (Khamis) - PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Haji Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik, Pegawai Daerah Kinta, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
Turut hadir bersama Komandan ABPM Wilayah Utara, PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Ketua Pengajian Operasi Kebombaan dan pegawai² kanan.
Dalam sesi kunjungan ini telah membincangkan berkaitan Perasmian ABPM Wilayah Utara.

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN ABPMWU KE ATAS PENGARAH JBPM PERAK

14 Februari 2024 (Rabu) - PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak di Ibu Pejabat Bomba Perak.
Turut hadir bersama Komandan ABPM Wilayah Utara, PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Ketua Pengajian Operasi Kebombaan, PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu, Ketua Pengajian Keselamatan dan pegawai² kanan.
Dalam sesi kunjungan ini telah dibentangkan serta membincangkan berkaitan Perasmian ABPM Wilayah Utara.

Tazkirah dan Tahlil

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
Tarikh/Hari: 9/2/2024 (jumaat)
Masa : 0900
Tempat : Bilik Thursina
Pengisisan: Tahlil ringkas dan Usrah (kehidupan dlm syariat)
Penglibatan: CC Nawawi
Sekian, terima kasih.