Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1445H / 2024M.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1445H / 2024M.
"Sambutlah bulan Ramadhan dengan lestari. Elakkan pembaziran makanan".

LATIHAN TATACARA PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API (APA), TEKNIK MELAKUKAN BANTUAN AWAL PERNAFASAN (CPR) & TATACARA PENGGUNAAN LIVE SAVING APPLIENCES (LiSA)

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
11 MAC 2024 / ISNIN - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara telah menganjurkan satu latihan berkaitan Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api (APA), Teknik Melakukan Bantuan Awal Pernafasan (CPR), serta Tatacara Penggunaan Live Savings Appliences (LiSA) kepada semua kakitangan ABPM Wilayah Utara termasuk pekerja kontrak pembersihan, pegawal Keselamatan (RELA) dan Pekerja kontrak cafeteria serta makan minum peserta kursus. Latihan ini bertujuan bagi memastikan semua kakitangan ABPM Wilayah Utara dan pekerja kontrak di akademi mempunyai pengetahuan dan boleh melakukan tindakan awal kecemasan serta sentiasa bersedia pada bila-bila masa apabila berlakunya kecemasan di akademi.

RAKAMAN SIMULASI GERAK KERJA PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN JBPM BAGI TAHUN 2024

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.



08 MAC 2024/JUMAAT -
Rakaman simulasi gerak kerja Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) bagi acara Penyelamat di Air telah dilaksanakan oleh Pasukan Khas PPDA Akademi Bomba Wilayah Utara. Sesi rakaman simulasi ini telah dipantau oleh Komandan ABPM Wilayah Utara, PgKB I Aswadi bin Hj Ismail bersama PKPgB Mohd Saiful Idhlan bin Ismail selaku Advisor PPDA Akademi. Sesi rakaman telah dirancang oleh PBK II Mohd Nazri bin Abidin dengan bantuan PBK II Yusli Shahrudin bin Yusof, Ketua Unit ICT ABPM Wilayah Utara. Rakaman simulasi gerak kerja PKK ini bertujuan bagi mendapatkan gerak kerja sebenar bagi pertandingan acara Penyelamatan di air PKK yang akan dilaksanakan pada tahun 2024.