MAJLIS PERASMIAN SUDUT LEAN MANAGEMENT ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 24 November 2017, Majlis Perasmian Sudut Lean Management ABPM Wilayah Sarawak telah diadakan di Lobi Pejabat aras dua, ABPM Wilayah Sarawak. Sudut ini telah dirasmikan oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, PKP Bahagian Latihan JBPM, dan disaksikan oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YS PgKB II Mohammad Fauzi bin Hj. Mohamat Kifli Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan En. Zawawi bin Ramli Pegawai Unit Permodenan Perkhidmatan Negeri Sarawak. Sudut ini diperkenalkan bagi perkongsian ilmu bagi ketiga-tiga projek Lean Management yang telah dijalankan.

 

Klik di sini untuk gambar

MAJLIS PERASMIAN SUDUT TUNNEL OF KNOWLEDGE ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 24 November 2017, Majlis Perasmian Sudut Tunnel of Knowledge ABPM Wilayah Sarawak telah diadakan di Lobi Pejabat aras satu, ABPM Wilayah Sarawak. Sudut ini telah dirasmikan oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, PKP Bahagian Latihan JBPM, dan diiringi oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YS PgKB II Mohammad Fauzi bin Hj. Mohamat Kifli Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan En. Zawawi bin Rambli Pegawai Unit Permodenan Perkhidmatan Negeri Sarawak. Sudut ini diperkenalkan bagi perkongsian ilmu-ilmu kebombaan kepada semua Pegawai Akademi sendiri termasuk peserta-peserta kursus yang akan menghadiri kursus di ABPM Wilayah Sarawak.

 

Klik di sini untuk gambar

SIMULASI BENCANA PESERTA KSSK SIRI 1/2017

Pada 28 November 2017, satu simulasi bencana telah diadakan untuk peserta KSSK Siri 1/2017 di ABPM Wilayah Sarawak. Seramai 60 orang peserta KSSK Siri 1/2017 telah terlibat termasuk kesemua Pegawai-Pegawai dan Jurulatih-Jurulatih ABPM Wilayah Sarawak dalam menjayakan Simulasi yang melibatkan kebakaran hutan, Road Traffic Collision (RTC) dan Kebakaran Kilang. Simulasi bencana ini bertujuan supaya peserta KSSK Siri 1/2017 dapat mempratikkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang Kursus KSSK Siri 1/2017.

 

Klik di sini untuk gambar