PERASMIAN PROGRAM GO GREEN

Pada 27 Januari 2018, Perasmian Program Go Green telah dirasmikan oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan dan telah disaksikan oleh 5 orang Komandan dan 16 Penolong Pengarah Bahagian Latihan Negeri dari seluruh Malaysia telah diadakan di Zon Artego, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam Majlis ini, satu sesi penanaman pokok Kristal sebagai simbolik bagi permulaan kepada program ini. Diharap dengan program ini dapat menceriakan lagi suasana di dalam ABPM Wilayah Sarawak ini nanti.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179510505513081

 

 

LAWATAN ILMIAH QE5S DAN LEAN MANAGEMENT

Pada 27 Januari 2018, satu Lawatan Ilmiah QE5S dan Lean Management telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Lawatan ini diketuai oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan sendiri serta 4 Komandan dari seluruh Malaysia dan 16 orang Penolong Pengarah Bahagian Latihan Negeri dari seluruh Malaysia. Dalam lawatan ini, YS PgKB II Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli sendiri telah mengetuai dalam sesi perkongsian ini kepada semua tetamu-tetamu yang hadir.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179502818847183

 

PERASMIAN MESYUARAT KOMANDAN

Pada 26 Januari 2018, Majlis Perasmian Mesyuarat Komandan dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan Bil.1 2018 telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Mesyuarat Komandan dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan Negeri Bil.1 2018 telah dirasmikan oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Negeri Sarawak dan disaksikan oleh PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179332382197560