PERLAWANAN PERSAHABATAN MESRA BOLA SEPAK ABPM DAN KSSK SIRI 1/2017

Pada 10 Januari 2018, satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara Pegawai-Pegawai ABPM Wilayah Sarawak dengan Peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1/ 2017 telah diadakan di Padang Bola Sepak ABPM Wilayah Sarawak. Perlawanan ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara Pegawai-Pegawai Akademi dengan Peserta KSSK Siri 1/2017 sejajar dengan seruan atau kehendak Jabatan dalam menjalankan aktiviti Lets Get Fit.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1169857253145073

 

PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI ABPM DAN LAWATAN TAPAK DI TELAGA AIR

Pada 10 Januari 2018, satu program Pembangunan Organisasi dan Lawatan tapak telah diadakan di Telaga Air, Kuching. Program ini diadakan untuk mengenalpasti keadaan dan tempat yang sesuai untuk dijadikan latihan kepada peserta kursus yang akan datang. Disamping itu, satu Program Pembangunan Organisasi juga telah diadakan bagi staf-staf ABPM Wilayah Sarawak dalam mengeratkan lagi silaturahim antara sesama Pegawai.

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1169855069811958

 

PRA AUDIT YS KOMANDAN DI STOR

Pada 04 Januari 2018, satu Lawatan mengejut atau Pra Audit dari YS PgKB II Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Komandan ABPM Wilayah Sarawak di stor-stor di ABPM Wilayah Sarawak. Pra Audit ini dijalankan bagi memastikan keadaan stor-stor di ABPM dalam keadaan baik disamping memastikan segala peralatan dijaga dengan baik.

 

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1169853586478773