PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Pada 02 hingga 06 Januari 2018, satu Program Transformasi Minda (PTM) telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. PTM ini diadakan bagi melatih peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1/2017 dalam melatih sahsiah dan jati diri sebelum memasuk alam pekerjaan yang sebenar kelak.

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1169846179812847

Program Latihan dan Pelancaran CERT 2017

Pada 13 Disember 2017, Program Latihan dan Pelancaran CERT (Community Emergency Response Team) 2017 bagi kawasan DUN 18 Serembu dan Program Memperkasa Kesejahteraan Komuniti Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat Bahagian Kuching 2017 yang diadakan di Dewan Perdana Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Miro anak Simuh, Ahli Dewan Undangan Negeri N.18 Serembu dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Clarence Rorote anak Sagon, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Jabatan Kentua Menteri Sarawak dan PgKB II Mohamad Fauzi bin Hj Mohamat Kifli, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh Kapitan, Penghulu, Ketua Kaum dan peserta-peserta CERT kawasan DUN N.18 Serembu.

 

Klik di sini untuk gambar

BENGKEL PEMURNIAN PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN LEAN HANDS ON

Pada 06-08 November 2017, satu Bengkel Pemurnian Pengukuhan dan Pemantapan telah diadakan di ABPM Wilayah Sarawak. Dalam bengkel ini, semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak telah menghadiri bengkel Pemurnian Pengukuhan dan Pemantapan Lean ini. Bengkel ini diadakan di Bilik Serbaguna Taiton di ABPM Wilayah Sarawak.

 

Klik di sini untuk gambar