PERTUNJUKAN DEMONSTRASI KSSK SIRI 1/2017

Pada 26 Januari 2018, satu Pertunjukan Demonstrasi Kebombaan telah diadakan di kawasan Simulator Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Seramai 30 orang peserta KSSK Siri 1/2017 telah terlibat dalam menjayakan pertunjukan Demonstrasi ini.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179328945531237

 

PERSEMBAHAN FORMASI KSSK SIRI 1/2017

Pada 26 Januari 2018, satu Persembahan Formasi telah diadakan oleh seramai 30 orang peserta KSSK Siri 1/2017 sempena Majlis Tamat Latihan diadakan. Persembahan ini buat julung kalinya diadakan oleh peserta KSSK ketika Majlis Tamat Latihan diadakan.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179324945531637

 

 

MAJLIS TAMAT LATIHAN KSSK SIRI 1 2017

Pada 26 Januari 2018, seramai 60 peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1/2017 telah Berjaya menamatkan latihan asas kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Majlis Tamat Latihan ini disempurnakan oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Penolong Kanan Pesurujaya Bomba, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan yang diiringi oleh YS PgKB II Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak dan saksikan oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Negeri Sarawak serta Komandan-Komandan dari Akademi Bomba seluruh Malaysia. Kehadiran Penolong Pegawai Latihan dari seluruh Malaysia, Pegawai-Pegawai Jemputan dari JBPM Negeri Sarawak dan Kehadiran ibu bapa peserta KSSK Siri 1 2017 turut memeriahkan lagi Majlis Tamat Latihan ini.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179311815532950