PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI

Pada 13 November 2017 (Isnin), satu program Pembangunan Organisasi telah diadakan di Dewan Perdana ABPM Wilayah Sarawak. Program ini menggabungkan Pegawai-Pegawai ABPM Wilayah Sarawak, Pegawai BBP Bau dan peserta KSSK Siri 1/2017. Program ini dijalankan bagi mengeratkan silaturahim antara Pegawai ABPM Wilayah Sarawak dengan peserta-peserta yang terlibat.

 

Klik di sini untuk gambar

EXCUTIVE TALK- By DR. CHARLIE DUDANG

Tajuk Excutive Talk : Anjakan Paradigma Minda Mencetus Kecemerlangan Diri Dan Organisasi Oleh : Dr Charlie Dudang, Principle Trainer and Motivator di Dewan Perdana ABPM Wilayah Sarawak. Pada 16 November 2017, ABPM Wilayah Sarawak telah mengadakan satu program Excutive Talk yang bertajuk Anjakan Paradigma Minda Mencetus Kecemerlangan Diri Dan Organisasi. Speaker khas yang dijemput ialah Dr. Charlie Dudang yang telah memberikan ceramah motivasi kepada semua peserta yang terlibat.

 

Klik di sini untuk gambar

PROGRAM PENGIKTIRAFAN LEAN MANAGEMENT ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 22 November 2017, satu Program Pengiktirafan Lean Management ABPM Wilayah Sarawak telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton,ABPM Wilayah Sarawak. Dalam Program ini, Perbentangan diketuai oleh YS Komandan, PgKB II Mohamad Fauzi bin Hj Mohamat Kifli dengan tajuknya "Lean Culture" dan seterusnya oleh tiga kumpulan iaitu Kumpulan Taiton, Kumpulan Tringgus dan Kumpulan Tabai telah membentangkan hasil daripada projek kumpulan masing-masing. Terima kasih dan tahniah kepada semua ahli kumpulan yang terlibat.

 

Klik di sini untuk gambar