LAWATAN ILMIAH DAN PEMBELAJARAN PENGURUSAN LEAN ABPM WILAYAH TIMUR

Pada 29 November 2017, satu Lawatan Ilmiah dan Pembelajaran Pengurusan Lean ABPM Wilayah Timur yang diketuai oleh PgKB II Yusmaredza Mirza dan 4 empat Pegawai kanan yang lain di Bilik Serbaguna Taiton, ABPM Wilayah Sarawak. Kedatangan mereka disambut oleh semua Pegawai-Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Seusai perkongsian ilmu dari YS PgKB II Mohamad Fauzi bin Hj Mohamat Kifli dan rombongan melawat ke Sudut Lean Management, Sudut QE5S dan Tunnel of Knowledge Gallery di ABPM Wilayah Sarawak. Semoga dengan perkongsian ini, pihak ABPM Wilayah Sarawak dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan dalam menjalankan Pengurusan Lean Management di ABPM Wilayah Timur kelak. Terima kasih kerana sudi melawat di akademi kami.

 

Klik di sini untuk gambar

MAJLIS APRESIASI ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 08 Disember 2017, Majlis Apresiasi ABPM Wilayah Sarawak anjuran Kelab Rekreasi ABPM Wilayah Sarawak telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YS Komandan bersama keluarga dan semua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak dengan ahli-ahli keluarga masing-masing. Dalam majlis ini juga, warga ABPM menyambut hari kelahiran bagi PBK I Azman bin Hj Hanapis dan PBK II Arther James Collin. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi karaoke dan cabutan bertuah. Semoga Majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga warga ABPM Wilayah Sarawak.

 

Klik di sini untuk gambar

Kelas Kerohanian KSSK Siri 1/2017

Kelas al furqan telah dijalankan selepas solat magrhib di surau Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur pada 26/7/17 (rabu) untuk menentukan tahap pelatih iaitu pada tahap ulum 1, ulum 2 atau ulum 3.