PROGRAM MINGGUAN QE/5S ZON ATEGO

Pada 15 Mei 2018, Program mingguan QE/5S telah diadakan di Zon Atego,Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam program QE/5S ini pegawai-pegawai Akademi bergotong royong untuk mengemas dewan dan mengharmonikan taman yang berada di Zon Atego. Program ini diketuai oleh Coordinator, TPgB Abang Azemi bin Abang Annuar dan dibantu oleh Ketua Zon Atego, PBK II Dus Anak Kinchon. Semoga program-program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua pegawai-pegawai.

 

Klik di sini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1247684868695644

 

HARI TERAKHIR PB ANIF HANAFI BIN ADENAN BERKHIDMAT DI ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 14 Mei 2018 merupakan hari terakhir buat Pegawai Bomba Anif Hanafi bin Adenan dalam perkhidmatan beliau di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Beliau yang akan berpindah ke Zon 1, JBPM Negeri Sarawak. Selama 4 tahun 5 bulan beliau berkhidmat di ABPM Wilayah Sarawak ini, pelbagai suka duka telah dikongsikan bersama kami disini. Terima Kasih atas segala bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di ABPM Wilayah Sarawak. Semoga beliau sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Jabatan. Tiada lagi “Hanif Neymar” kami disini. Salam sayang dari kami semua.

 

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1247702672027197

 

PROGRAM SANTAI NASI LEMAK KOPI O

Pada 04 Mei 2018, Program Santai Nasi Lemak Kopi “O” bersama YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam program santai ini, diselitkan juga Majlis perpisahan bagi Cik Hafizayanti binti Rahmat Hassan, Pelajar Latihan Industri, Vokasional Kuching yang membuat pratikal di ABPM Wilayah Sarawak. Cik Hafizayanti telah Berjaya menamatkan latihan industri beliau di ABPM Wilayah Sarawak selama 6 bulan di bawah penyelarasnya, TPgB Eddy Zulkifli bin Abdullah. Disamping itu, sambutan hari jadi seramai 8 orang pegawai ABPM Wilayah Sarawak yang diraikan. Dalam program ini juga, jemputan dari BBP Bau untuk memeriahkan lagi program pada kali ini. Diharap, Cik Hafizayanti tidak lupa akan kami warga ABPM Wilayah Sarawak dan terus maju jaya dalam kerjaya beliau nanti.

 

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1244067995723998