PERHIMPUNAN BULANAN ABPM WIL. SRWK BIL.1 DAN PEMERIKSAAN KENDERAAN OLEH KOMANDAN

Pada 18 April 2018, Perhimpunan Bulanan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak Bil.1 telah diadakan di Dewan Perdana, ABPM Wilayah Sarawak. Dalam perhimpunan bulanan ini juga dihadiri oleh peserta-peserta Kursus Road Traffic Accident (RTA) seramai 30 orang. Pemeriksaan barisan oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak dan diiringi oleh PgB Jesica anak Sylvester Embuas, Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran. Selesai sahaja perhimpunan bulanan, Pemeriksaan kenderaan dilakukan oleh YS Komandan kepada kesemua kenderaan utiliti dan jentera-jentera yang terdapat di ABPM Wilayah Sarawak.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1230969007033897 https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1230969007033897

LAWATAN YS KOMANDAN KE ZON 5S

Pada 17 April 2018, Lawatan YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawk ke Zon-Zon QE/5S ABPM Wilayah Sarawak. Dalam lawatan ini YS Komandan telah melawat ke semua 5 Zon yang terdapat di ABPM Wilayah Sarawak iaitu : 1. ZON MERCEDES 2. ZON MAGIRUS 3. ZON NISSAN 4. ZON ATEGO 5. ZON SCANIA Dalam lawatan ini juga, YS Komandan juga sempat untuk melawat di stor pelupusan dan bilik-bilik yang dicadangkan untuk dibuat penambahbaikan.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1230966310367500

 

TAKLIMAT KRITERIA BARU AUDIT PENSIJILAN AMALAN QE5S

Pada 16 April 2018, Taklimat Kriteria Baru Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE 5S) telah diadakan di Dewan Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Suffian Bin Ahmad dari Malaysia Productivity Coperation (MPC). Antara peserta yang terlibat pada sesi taklimat pada kali ini ialah dari Pegawai ABPM Wilayah Sarawak, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Pejabat Zon 1, Pejabat Zon 2, Balai-Balai dari Zon 1 dan Zon 2 dan wakil dari Kejuteraan JBPM Negeri Sarawak. Diharap peserta kursus yang terlibat dapat menimba sedikit sebanyak tentang kriteria baru bagi Audit Pensijilan Persekitaran Berkualiti (QE5S) pada kali ini disamping meningkatkan lagi mutu dalam alam perkerjaan.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1230353383762126