KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT MINI (MTEx) 2018 WILAYAH SARAWAK

Pada 10 April 2018, Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini (MTEx) 2018 Wilayah Sarawak telah diadakan di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak. Dalam Konvensyen ini, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah menghantar wakil untuk menyertai Konvensyen anjuran pihak MPC. ABPM Wilayah Sarawak telah menghantar kumpulan TRINGGUS untuk menyertai konvensyen kali ini. Sekalung TAHNIAH kepada Kumpulan Tringgus kerana Berjaya di Anugerahkan EMAS pada Konvensyen kali ini. Di harap Kumpulan Tringgus akan terus maju ke hadapan selari dengan matlamat jabatan. Sebanyak 27 kumpulan telah menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini (MTEx) 2018 Wilayah Sarawak dari pelbagai agensi dan jabatan dari Negeri Sarawak. Berikut merupakan ahli Kumpulan TRINGGUS : Fasilitator : YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad Ketua Kumpulan : TPgB Abang Azemi bin Abang Annuar Penolong Ketua Kumpulan : TPgB Eddy Zulkifli Abdullah Setiausaha : PB Yngwie Malmsteems Anak Lingki Ahli-ahli : PBK II Arther James Collin PB David Anak Ritikos PB Mohammad Seimi bin Amit TAHNIAH sekali lagi kepada yang terlibat terutamanya ahli-ahli Kumpulan Tringgus dan tidak lupa juga kepada Ahli-ahli Kumpulan TAITON yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menjayakan Konvensyen ini.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1226844500779681

 

MAJLIS PENUTUPAN TATACARA PENGKOMPAUNAN DAN PENGURUSAN BILIK KAWALAN DAN PILI BOMBA

Pada 06 April 2018, seramai 60 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Tarikh : 06 April 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak. 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/144668148997327/photos/?tab=album&album_id=1226825767448221

MAJLIS PENYERAHAN TONGKAT KUASA DAN SERAH TUGAS KOMANDAN

Pada 20 Mac 2018, Majlis Penyerahan Tongkat Kuasa dan Serah Tugas Komandan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, Penyerahan Tongkat Kuasa dan Serah Tugas Komandan antara YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak dengan mantan Komandan, PgKB I Mohamad Fauzi bin Mohamat Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan disaksikan oleh YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.

Tarikh : 20 Mac 2018

Tempat : Bilik Seminar, Aras 1, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak.

Klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1212805478850250