SELAMAT HARI WANITA

Pada 08 Mac 2018, sekali lagi peserta kursus Pengukuhan Pengoperasian Breathing Apparatus (BA) telah dikejutkan lagi oleh ketibaan YS Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak, PgKB II Sabarudin bin Mohamad ketika mereka sedang sibuk menjalani latihan di kawasan simulator. Tujuan YS Komandan pada kali ini untuk melihat sendiri Pegawai-Pegawai Wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang giat berlatih untuk menimba ilmu dari jurulatih-jurulatih yang terlibat. YS Komandan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Wanita” kepada kesemua peserta kursus yang terlibat termasuk warga ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1204147836382681

 

SAMBUTAN HARI LAHIR PB SUPAMANIAM A/L BULAGO NATHAN

Pada 07 Mac 2018, dalam kesibukkan jurulatih-jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak memberi tunjuk ajar kepada peserta kursus Pengukuhan Pengoperasian Breathing Apparatus (BA). “Birthday Surprise” dari pegawai-pegawai kanan diketuai oleh YS Komandan ABPM Wilayah, PgKB II Sabarudin bin Mohamad kepada Pegawai Bomba Supamaniam A/L Bulago Nathan. Sambutan Hari Lahir ini dimeriahkan lagi dengan peserta-peserta kursus yang ada ketika itu. Semoga PB Supamaniam sentiasa dalam keadaan sihat, sihat tubuh badan dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. SELAMAT HARI LAHIR PEGAWAI BOMBA SUPAMANIAM A/L BULAGO NATHAN. Semoga PB Supamaniam sentiasa hensem selalu, khas dari kami warga ABPM Wilayah Sarawak.

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1204147046382760

 

 

 

 

SESI SUAIKENAL BERSAMA YS KOMANDAN ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 05 Mac 2018, Sesi suaikenal bersama YS Komandan baru Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tabai, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Pegawai Kanan yang menggantikan mantan YS Komandan ialah YS PgKB II Sabaruddin bin Mohammad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Dalam sesi ini, kesemua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak mengalu-alukan kedatangan beliau dan memperkenalkan diri masing-masing. Semoga dengan aura dan semangat baru YS Komandan ini akan mempertingkatkan lagi kualiti yang terdapat di ABPM Wilayah Sarawak sekarang.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1202395136557951