LAWATAN KERJA PENGARAH PENGURUSAN

Pada 28 Februari 2018, satu Lawatan Kerja Pengarah Pengurusan, Encik Aidi Azli Wahit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Seramai enam orang pegawai telah menghadiri lawatan pada kali ini yang diketuai oleh Encik Aidi Azli Wahit bersama lima orang lagi pegawai-pegawai beliau.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1202392789891519

 

MAJLIS PENUTUPAN PENYELAMATAN DI AIR DAN INCIDENT COMMAND SYSYTEM

Pada 23 Februari 2018 seramai 60 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh TPgB Madu anak Anggut, Ketua Pengajian Operasi Kebombaan ABPM Wilayah Sarawak ,turut hadir semua Pegawai ABPM Wilayah Sarawak . Tarikh : 23 Februari 2018 Tempat : Bilik Serbaguna Taiton ABPM Wilayah Sarawak.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1201790673285064

 

 

IPPT ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 15 Februari 2018, Program Individual Physical Proficiency Test (IPPT) atau Ujian Kecekapan Fizikal Individu telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program ini dimulakan dengan memeriksa tekanan darah setiap pegawai ABPM Wilayah Sarawak sebelum memulakan ujian ini bagi memastikan setiap pegawai dapat menjalankan ujian ini. Tahniah kepada semua pegawai yang terlibat kerana Berjaya melaksanakan Ujian IPPT pada kali ini.

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1189449781185820