PROGRAM LETS GET FIT

Pada 13 Februari 2018, Program Lets Get Fit, LET’S HIT THE FAT, KINCAH LEMAK diteruskan lagi bagi kesemua pegawai-pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Pada kali ini, kesemua pegawai ABPM Wilayah Sarawak didedahkan lagi tentang “Latihan Fat Lex” (untuk peningkatan seminar) dan “Spot Massage” oleh penceramah jemputan iaitu PB Yngwie Malmsteens Anak Lingki. Pada sebelah petang pula, satu pertandingan Volley Ball telah diadakan diantara pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak. Kesemua program ini adalah persediaan bagi pegawai-pegawai sebelum melaksanakan IPPT.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1189446407852824

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1189446407852824

LATIHAN PENGUKUHAN PEMANDUAN BAS MASDEF

Pada 12 dan 14 Februari 2018, Latihan Pengukuhan pemanduan Bas Masdef telah diadakan bagi pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Latihan pengukuhan ini dijalankan bagi pegawai yang memiliki Lesen Kelas E yang dipantau dan diselia oleh TPgB Eddy Zulkifli bin Abdullah dan dibantu oleh PKPgB Ahmad bin Dollah. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam latihan pengukuhan ini ialah :

1. PB Anif Hanafi bin Adenan

2. PB Supamaniam A/L Bulago Nathan

3. PB David anak Ritikos 4. PB Wilson anak Donald

5. PB Muhammad Nur Firdaus bin Omar

6. PB Mohammad Seimi bin Amit

 

Klik disini untuk gamabr :   https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1189443587853106

 

MAJLIS JASAMU DIKENANG MANTAN KOMANDAN ABPM WILAYAH SARAWAK

Pada 02 Februari 2018, telah diadakan satu Majlis Jasamu Dikenang PgKB I Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, mantan Komandan ABPM Wilayah Sarawak bertempat di Bilik Kubu,Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak. Majlis ini diadakan bagi mengenang dan memperingati segala jasa-jasa yang telah ditaburkan beliau semenjak berkhidmat bermula 15 Januari 2013 sehingga 01 Februari 2018 di ABPM Wilayah Sarawak. Sejak beliau memegang jawatan Komandan, banyak pembaharuan dan transformasi telah dilakukan demi meningkatkan produktiviti pekerjaan mahupun persekitaran. Jutaan tahniah dari semua pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak atas kenaikkan pangkat beliau. Semoga Tuan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia amnya JBPM Negeri Sarawak khususnya. Semoga kita berjumpa lagi.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1183094765154655