PUNCH CARD TERAKHIR KOMANDAN

Pada 01 Februari 2018, tepat jam 1730 petang merupakan punch card terakhir bagi mantan Komandan ABPM Wilayah Sarawak selama beliau bekerja di ABPM Wilayah Sarawak ini. Punch card terakhir dari beliau merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai Komandan ABPM Wilayah Sarawak.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1181339298663535

 

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS

Pada 01 Februari 2018, Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tabai, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas dari oleh PgKB II Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Komandan ABPM Wilayah Sarawak kepada PgB Jesica anak Sylvester Embuas sebagai yang akan Menjalankan Tugas Komandan. Ucapan Tahniah kepada mantan Komandan ABPM Wilayah Sarawak atas kenaikan pangkat dan selamat maju jaya bertugas di tempat baru iaitu Bahagian Keselamatan Kebakaran di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1181338198663645

 

PROGRAM PENYELARASAN RKT 2018

Pada 01 Februari 2018, Program Penyelarasan Perancangan Pengurusan dan Sasaran, Strategi dan Pencapaian telah diadakan di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Program penyelarasan ini disampaikan oleh YS PgKB II Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Komandan ABPM Wilayah Sarawak. Program ini dilaksanakan bagi penyelarasan setiap aktiviti dan program yang dirancang sepanjang tahun 2018. Program ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai ABPM Wilayah Sarawak.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1181336968663768