MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT DARI PKP BAHAGIAN LATIHAN

Pada 25 Januari 2018, Majlis Penyampaian Amanat kepada peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1 2017 dari YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan. Dalam majlis ini, penyampaian amanat dan dorongan dari YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid kepada peserta KSSK Siri 1 2017 sebelum peserta KSSK ini masuk ke alam pekerjaan sebenar sebagai seorang Pegawai Bomba kelak.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179525335511598

 

GALA NIGHT “BOW TIE STYLE” KSSK SIRI 1/2017

Pada 24 Januari 2018, Majlis Gala Night “BOW TIE STYLE” Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) Siri 1 2017 telah diadakan di Hotel Imperial, Kuching, Sarawak. Majlis ini diadakan oleh peserta KSSK Siri 1 2017 untuk mengenang kembali jasa-jasa kesemua Jurulatih-Jurulatih yang telah melatih serta membimbing mereka selama berkursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam Majlis ini juga, peserta telah menjemput Khas YS Komandan ABPM Wilayah Sarawak serta Jurulatih-Jurulatih Akademi dan Ketua Balai Bau, Ketua Balai Kuching dan Ketua Balai Petra Jaya.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179517202179078

SEKALUNG BUDI PB MOHD NORISMENDI BIN MOHAMMAD

Pada 27 Januari 2018, Majlis Sekalung Budi telah diadakan khas bagi Pegawai Bomba Mohd Norismendi bin Mohammad di Bilik Serbaguna Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Dalam majlis ini, Pegawai Bomba Mohd Norismendi bin Mohammad telah diraikan bagi mengenang jasa-jasa beliau yang telah berkhidmat selama lebih 6 tahun di ABPM Wilayah Sarawak. Beliau akan berpindah dari ABPM Wilayah Sarawak ke Balai Bomba Penyelamat Tanjung Manis. Didoakan semoga beliau terus cemerlang dan terbilang di tempat baharu kelak. Salam sayang dari semua staff ABPM Wilayah Sarawak.

KLIK DISINI UNTUK GAMBAR : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1179512322179566