PROGRAM BAKUL RAMADAN KSKK Akademi Bomba Wilayah Utara

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra, Salam Malaysia Madani
PROGRAM BAKUL RAMADAN KSKK Akademi Bomba Wilayah Utara
Masa : 0900am hingga 10am
Tempat : BILIK KULIAH AL- THAMIYAH
Tarikh : 28.2.2025 (jumaat)
Mengimarahkan sambutan bulan ramadan dengan program bakul ramadan oleh KSKK ABPM WU dihadiri oleh YDP KSKK ABPM WU PgKB I ASWADI BIN HJ ISMAIL serta semua ahli KSKK ABPM WU..
~ Latihan Ke Arah Kecemerlangan ~

KURSUS INSTRUCTOR TRAINING COURSE (ITC) KEJURULATIHAN PENGAJIAN KESELAMATAN KEBAKARAN

AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Per: KURSUS INSTRUCTOR TRAINING COURSE (ITC) KEJURULATIHAN PENGAJIAN KESELAMATAN KEBAKARAN
Pengajian Keselamatan Kebakaran telah menganjurkan satu Kursus Instructor Training Course (ITC) Kejurulatihan Pengajian Keselamatan Kebakaran yang memfokuskan kepada tajuk utama iaitu Peranan dan Pengurusan Insiden Kebakaran Kapal.
Kursus ini dijalankan bagi memenuhi keperluan dalam pengetahuan dan penyampaian dikalangan jurulatih Akademi. Malah ia turut memberi pengetahuan dan pemahaman dalam undang-undang berkaitan industri perkapalan, sistem keselamatan kebakaran di kapal dan strategi pemadaman antara agensi.
Kursus ini telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 25 hingga 27 Febuari 2025 di Hotel Sentral Seaview, P.Pinang dengan kehadiran seramai 22 orang peserta. Penceramah jemputan terdiri daripada pegawai JBPM Negeri Pulau Pinang, Institut Latihan Pengangkutan Laut, Jabatan Laut Malaysia (MATRAIN) dan Penang Port.
Penerapan dalam kursus ini melibatkan 3 sesi ceramah, 1 sesi lawatan dan 2 sesi aktiviti team building. Antara topik ceramah yang disampaikan bertajuk Organisasi Kapal dan Undang-Undang Antarabangsa IMO dan SOLAS oleh MATRAIN, Sistem Keselamatan Kebakaran dan Strategi Pemadaman di Pelabuhan oleh JBPM Negeri P.Pinang, Peranan dan Pengurusan Insiden Kebakaran Kapal di Pelabuhan oleh pegawai Penang Port, lawatan kapal Pesiaran Genting Dreams di Swettenham Pier dan aktiviti team building oleh jurulatih Akademi Bomba Wilayah Utara.
Pada hari terakhir turut diadakan Majlis Perasmian Penutupan kursus yang disempurnakan oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS PENYELAMATAN DI AIR TAHAP I SIRI 2

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM MALAYSIA MADANI, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.
PER: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS PENYELAMATAN DI AIR TAHAP I SIRI 2
21.02.2025 (Jumaat) - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penyelamatan Di Air Tahap I Siri 2/2025 telah disempurnakan oleh wakil Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara PgKB II Zahiha Binti Haji Mohd Nor di iringi Penyelaras Kursus PBK I (TBK II ) Mohd Nazri bin Abidin.
Kursus ini telah diadakan pada 17.2.2025 hingga 21.2.2025 melibatkan 22 orang peserta dari gred KB 1. Aktiviti latihan dibuat di kawasan tasek Akademi dan jurulatih Akademi sebagai tenaga pengajar sepenuhnya. Sepanjang peserta di akademi turut diadakan kelas Bomba Life Support (BLS) pada sesi PT bagi mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran dalam rawatan kecemasan.