Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk Bil. 3/2024 Perasmian ABPM Wilayah Utara

AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi, Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
 
04 Julai 2024 (Khamis) - YS TPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan JBPM telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa kerja Interagensi & Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil. 3/2024 Perasmian ABPMWU bertempat di Bilik Gerakan Dato’ Hj. Soiman,Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.
Turut hadir bersama YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak, PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara dan pegawai² kanan Jabatan.
Agenda :
Mesyuarat Interagensi
- Cadangan atur cara majlis.
- ⁠keperluan dan kerjasama agensi yang terlibat.
Mesyuarat Induk
- pembentangan kertas kerja perasmian oleh urusetia
- ⁠pembentangan setiap jawatankuasa induk.

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN ABPM WILAYAH UTARA KE MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
3 Julai 2024 / Rabu - PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara bersama pegawai² kanan hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Mohamad Razif bin Ramli, YDP Majlis Daerah Batu Gajah.
Dalam kunjungan ini, telah dimaklumkan berkaitan perasmian ABPMWU, perbincangan bagi penyelesaian pencerobohan binatang ternakan, bantuan landskap dan kerjasama di masa hadapan.

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN ABPM WILAYAH UTARA KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH BATU GAJAH

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
2 Julai 2024 / Selasa - PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara bersama pegawai² kanan hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas ACP Md. Noor Aehawan bin Mohammad, Ketua Polis Daerah Batu Gajah.
Dalam kunjungan ini, telah dimaklumkan berkaitan perasmian ABPMWU, perbincangan bagi berkongsi ilmu antara 2 pihak dan perancangan yang dapat dilaksanakan pada masa hadapan.