DIRGAHAYU TUANKU

DIRGAHAYU TUANKU

DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.
Sembah Takzim daripada,
Komandan & warga kerja Akademi Bomba Wilayah Utara
KURSUS TECHNICAL ROPE RESCUE SIRI 1/2025

KURSUS TECHNICAL ROPE RESCUE SIRI 1/2025

AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
Kursus ini telah diadakan pada 19 hingga 30 Mei 2025 dan dihadiri seramai 20 orang peserta gred KB 1. Kursus ini dilaksanakan dalam 2 kaedah iaitu 40% teori dan 60% praktikal. Lokasi kursus ini diadakan di Akademi Bomba Wilayah Utara, pencawang elektrik di ILSAS Malim Nawar dan kaki Bukit Larut, Taiping.
Kursus ini memberi pengetahuan mengenai gerak kerja penyelamatan tali dengan kemahiran teknikal semasa latihan dan operasi penyelamatan yang betul kepada peserta kursus.
KURSUS PENYELAMATAN DI ARUS DERAS SIRI 2/2025

KURSUS PENYELAMATAN DI ARUS DERAS SIRI 2/2025

AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi, Tinggi, Cepat & Mesra.
 
Akademi Bomba Wilayah Utara telah menganjurkan
Kursus Penyelamatan Di Arus Deras Siri 2/2025 mulai 19/05/2025 hingga 23/05/2025 dan dihadiri seramai 24 orang peserta dari gred KB1 hingga KB2. Kursus ini dilaksanakan dengan 2 kaedah iaitu 20% teori & 80% praktikal. Kursus ini telah dilaksanakan di Kuala Razila, Gopeng Perak.
Kursus Penyelamatan Di Arus Deras ini direkabentuk sebagai panduan bagi tugas menangani insiden kecemasan yang melibatkan kejadian arus air yang deras dan banjir. Kandungan subjek di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan
objektif menghadapi insiden kecemasan dengan lebih berkesan.
Dipenghujung kursus ini telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penyelamatan Di Arus Deras Siri 2/2025 yang disempurnakan oleh YBrs. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara.