Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi

Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi

AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi, Tinggi, Cepat dan Mesra.
8 JANUARI 2026 | Khamis – Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (KSKK) ABPM Wilayah Utara telah menganjurkan Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi bertempat di Cafe Warisan Bonda, Ipoh. Majlis ini diadakan khusus bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu yang bakal memulakan tugas baharu di JBPM WP Kuala Lumpur berkuat kuasa 15 Januari 2026.
​Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri oleh PgKB I Nor Rasidamayati binti Abd Rasid, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara, barisan pegawai kanan, serta seluruh warga akademi. Kehadiran para pesara dan mantan staf Akademi turut menambah suasana hiba dan ukhuwah, sekali gus mencerminkan impak positif yang ditinggalkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di sini.
Warga ABPMWU merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan PgKB II Ts Vijayan a/l Marimuthu.
Selamat maju jaya di tempat baharu..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 Tahun

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 Tahun

Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 Tahun
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
MERDEKA ‼️
🇲🇾
MERDEKA ‼️
🇲🇾
MERDEKA ‼️
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 5/2025

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 5/2025

15 Ogos 2025 | Jumaat - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 5/2025 telah disempurnakan Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara , PgKB I Aswadi bin Haji Ismail yang diadakan di Auditorium Dato' Haji Soiman, Akademi Bomba Wilayah Utara. Turut hadir bersama, PgKB I Mohamad Azhar bin Yussof, PPON JBPM Negeri Perlis dan PgB Mohd Fahmi bin Husin, wakil Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM. Kursus ini telah dilaksanakan selama 12 hari bermula 3hb hingga 15hb Ogos 2025 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara.
Seramai 40 peserta yang mengikuti kursus ini iaitu seramai 16 orang JBPM Negeri Perlis, 8 orang JBPM Negeri Pulau Pinang dan 16 orang JBPM Negeri Perak.
Dalam majlis ini ditayangkan montaj sepanjang perjalanan tempoh kursus dilaksanakan, ucapan perasmian penutupan kursus oleh Komandan ABPM Wilayah Utara, penyampaian sijil kursus PBB, penyampai sijil Pelatih Terbaik Teori, Pelatih Terbaik Praktikal & Pelatih Terbaik Keseluruhan.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) SIRI 5/2025...!!!!!