TAKLIMAT PENGURUSAN PRESTASI MYPERFORMANCE BAGI KAKITANGAN AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH UTARA (ABPMWU)

TAKLIMAT PENGURUSAN PRESTASI MYPERFORMANCE BAGI KAKITANGAN AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH UTARA (ABPMWU)

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
08.04.2025 (Selasa) – Cawangan Pengurusan dan Logistik Akademi Bomba Wilayah Utara telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Prestasi Myperformance bertempat di Auditorium Dato’ Haji Soiman dengan kehadiran 47 kakitangan yang terdiri dari anggota Bomba dan kakitangan gunasama.Taklimat ini disampaikan oleh Puan Nor Zailaton binti Md Saleh dari Bahagian Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif taklimat adalah untuk menambah baik tadbir urus pengurusan prestasi, memperkasa organisasi dalam aspek pengurusan sumber manusia dan penyampaian sistem pengurusan prestasi berdasarkan fungsi Jabatan.
Taklimat ini dijalankan dua sesi, sesi pertama berkaitan Pengenalan kepada Myperformance dan Submodal Sasaran Kerja Utama PYD,PP & PPS. Sesi kedua Submodal Kompetensi Tingkah Laku (KTL), Submodal Penglibatan dan Sumbangan, Submodal Nilai Sepunya dan Fungsi Career Development (CDC).
Pihak pengurusan berharap dengan terlaksananya taklimat ini akan dapat memberi
PROGRAM JALINAN MESRA KE BALAI BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JBPM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025M

PROGRAM JALINAN MESRA KE BALAI BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JBPM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025M

AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi, Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
1 April 2025 | Selasa – PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara dan keluarga menyantuni serta meraikan Sambuan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M bersama anggota BBP Kuala Krai, Kelantan.
Ini merupakan salah satu Program Jalinan Mesra ke Balai² Bersama Pengurusan Tertinggi JBPM bagi meluangkan masa serta mengeratkan hubungan antara kepimpinan tertinggi Jabatan dengan anggota di lapangan.
Tuan Komandan turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada anggota yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas mereka. Dalam masa sama turut diadakan sesi menandatangani buku lawatan dan sesi bergambar bagi mengabadikan kenangan bersama anggota yang bertugas.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN ABPM WILAYAH UTARA TAHUN 2025M | 1446H

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ABPM WILAYAH UTARA TAHUN 2025M | 1446H

AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
27 Mac 2025 | Khamis: Akademi Bomba telah menganjurkan Program Tadarus dan Tadabbur sepanjang bulan Ramadan tahun 2025. Seramai 15 orang staf ABPM Wilayah Utara telah menyertai program tersebut dan pagi ini satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bagi meraikan mereka yang telah berjaya selesai menamatkan bacaan Al-Quran.
Majlis telah disempurnakan oleh PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara. Turut hadir, Ketua² Pengajian & warga ABPM Wilayah.