MAJLIS IFTAR RAMADAN 1446H/2025

MAJLIS IFTAR RAMADAN 1446H/2025

AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
25 Mac 2025/Selasa - Bagi mengukuhkan ukhwah dikalangan warga Akademi Bomba Wilayah Utara , Kelab Sukan, Kebajikan & Kebudayaan ABPM Wilayah Utara telah menganjurkan Majlis IFTAR Ramadan ABPM Wilayah Utara.
Turut diadakan pembayaran zakat fitrah di sebelah pagi dengan kehadiran amil dari Mukim Tronoh dan seterusnya persiapan serta gotong royong memasak.
Sebelum berbuka turut diadakan doa selamat, berbuka puasa, solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih.
PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2025

PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2025

AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
25 Mac 2025/Selasa - Program World #QuranHour 2025 bertemakan #SavingTheUmmah yang memberikan insperasi kepada masyarakat tentang semangat berkhidmat dan berkorban demi ummah.
Bersempena dengan World #QuranHour 2025 kali ini Akademi Bomba Wilayah Utara telah mengadakan bacaan & menghayati Surah Al-Saff ayat 1 hingga 14. Turut menjayakan program ini PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara bersama warga kerja ABPM Wilayah Utara.
PER: PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF & PESARA Akademi Bomba Wilayah Utara

PER: PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF & PESARA Akademi Bomba Wilayah Utara

 

AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
11 Mac 2025 / Selasa - Bulan Ramadan tahun ini Kelab Sukan, Kebajikan & Kebudayaan (KSKK) Akademi Bomba Wilayah Utara telah memberi sumbangan kepada keluarga ASNAF di kawasan Tronoh.
PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua KSKK ABPM Wilayah Utara bersama Puan Nor Adila dan PBK I Sulaiman telah memyantuni keluarga ASNAF & beberapa orang pesara² ABPM Wilayah Utara yang kini kurang sihat.
Semoga kalian semua diberi kesembuhan & kesihatan yang baik.