Program Ujian Saringan Air Kencing

AsSalamualaikum, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
1 Februari 2024 - Bagi memastikan staf Akademi Bomba Wilayah Utara bebas dari penagihan semua jenis dadah, pihak Aadk Daerah Perak Tengah telah membuat ujian saringan air kencing. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPMWU turut hadir dalam program ini.

Taklimat Insuran Takaful Cuepacs

AsSalamualaikum, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
1 Februari 2024 - Cawangan Pengurusan Akademi Bomba Wilayah Utara telah menganjurkan program Taklimat Skim Insuran Takaful Cuepacs. Program ini bertujuan memberi penerangan terperinci berkaitan kepentingan insuran bagi individu & keluarga.
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Arahad Ahmad bin Muhammad Arsherof, Pegawai Cuepacs.

Lawatan EKSA ke IKBN Seri Iskandar

AsSalamualaikum, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
1 Februari 2024 - Jawatankuasa induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Akademi Bomba Wilayah Utara telah mengadakan lawatan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar. Tujuan lawatan ini bagi persediaan pensijilan kali ke-2 ABPM Wilayah Utara yang dijangka Akan diaudit pada bulan Ogos 2024.
Lawatan ini diketuai oleh PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor selaku Penyelaras EKSA ABPM Wilayah Utara bersama 6 orang jk induk & ketua² zon.