Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
Per: Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat
 
24/12/223(Jumaat) - PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Aka telah hadir dalam majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat. Majlis telah diadakan pagi tadi dengan dihadiri warga kerja ABPM Wilayah Utara.
 
Bacaan yassin, tahlil & doa selamat dipimpin oleh PBK II Mohd Nazri bin Abidin.Semoga segala apa yang didoakan diberkati & dirahmati oleh Allah S.W.T..
Sekian, terima kasih.
Program Ibadah Korban & Aqiqah Akademi Bomba Wilayah Utara 2019

Program Ibadah Korban & Aqiqah Akademi Bomba Wilayah Utara 2019

TB 14/08/2019(Rabu)-Program Ibadah Korban & Aqiqah Akademi Bomba Wilayah Utara yang dihadiri oleh staf & keluarga staf Akademi Bomba Wilayah Utara.

Bersama-sama mengeratkan ukhwah dengan bergotong royong memasak sup tulang, daging masak hitam, daging goreng kunyit, air asam jawa, ulam ulaman dan nasi putih.. Agihan daging dan bacaan doa selamat turut diadakan diakhir program.

Baris Pagi

Baris Pagi

06.07.2020 (Isnin) - PgKB I Mohd Rizal Bin Buang, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Utara, Perak telah mengetuai baris pagi bagi melihat kesiapsiagaan pegawai - pegawai bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Utara, Perak.

Pada baris pagi ini juga, turut diadakan majlis penyampaian sijil pekerja contoh bagi bulan Januari - Mac, 2020 kepada PB Ahmad Muzammil Bin Azmi dari Unit Logistik yang telah dipilih sebagai pekerja contoh bagi bulan Januari - Mac, 2020

Tahniah diucapkan kepada PB Ahmad Muzammil.