MAJLIS BACAAN YASSIN ABPM WILAYAH UTARA

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
08 MAC 2024/JUMAAT - Satu majlis bacaan yasin telah dilaksanakan oleh warga kerja ABPM Wilayah Utara bersama peserta kursus. Turut hadir PgKB I Aswadi bin Hj Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara, bacaan yassin ini telah diketuai oleh En. Mohamad Nawawi bin Md Hussain dikhususkan khas buat arwah Allahyarham PBK II (KUP) Mohd Izwan bin Ilias (Pegawai Bomba JBPM Pulau Pinang) dan seterusnya bagi mendoakan kesejahteraan semua warga kerja ABPM Wilayah Utara serta muslimin dan muslimat bagi meyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak tahun 1445 Hijrah ini.

SUMBANGAN DARIPADA KAKITANGAN ABPM WILAYAH UTARA KEPADA KELUARGA ARWAH ALLAHYARHAM PBK II (KUP) MOHD IZWAN ILIAS PEGAWAI BOMBA JBPM NEGERI PULAU PINANG

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.



07 Mac 2024/Khamis - Sumbangan Ikhlas daripada Warga ABPM Wilayah Utara telah disampaikan oleh PBK II Mohd Nazri bin Abidin sebagai wakil warga kerja ABPM Wilayah Utara kepada keluarga arwah Allahyarham PBK II (KUP) Mohd Izwan bin Ilias yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Allahyarham sebelum ini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, JBPM Negeri Pulau Pinang. Sumbangan berbentuk wang tunai ini sebagai salah satu usaha warga ABPM Wilayah Utara bagi meringankan beban keluarga arwah.

Al- Fatihah (Disedekahkan kepada arwah)

PEMERIKSAAN PEGAWAI CGSO KE ABPM WILAYAH UTARA

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
7 Mac 2024/Khamis - Pemeriksaan Pegawai CGSO ke ABPM Wilayah Utara telah diadakan oleh Puan Rosmawati binti Ibrahim, Pegawai Keselamatan Kanan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Negeri Perak. Kehadiran beliau telah disambut oleh PgKB I Aswadi Bin Hj Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara bersama beberapa pegawai lain. Pemeriksaan ini bertujuan bagi memastikan kesiapsiagaan fizikal bangunan serta keselamatan pelindungan pejabat dalam keadaan baik.