CERAMAH INTEGRITI & TATAKELOLA

22 Februari 2024 (Khamis) - Akademi Bomba Wilayah Utara telah menggadakan ceramah kesedaran antirasuah bagi mendidik penjawat awam mengenai nilai murni demi membina sahsiah terpuji agar ia menjadi tatakelola bebas rasuah.
Penceramah yang dijemput adalah dari SPRM Negeri Perak iaitu Penolong Penguasa, Huzairi Azmer bin Ramli. Turut hadir dalam sesi ceramah ini adalah Ketua² Pengajian, Ketua² Cawangan, Ketua² Unit, staf ABPM Wilayah Utara dan peserta² kursus.

LAWATAN KEBAJIKAN

19 Februari 2024 (Isnin) - PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Ketua Pengajian Operasi Kebombaan bersama staf Akademi Bomba Wilayah Utara meluangkan masa bagi melawat anggota iaitu PB Norfarahin binti Mohd Roduan yang baru sahaja melahirkan anak perempuan pertama.
Semoga anak ini menjadi anak yang solehah & sentiasa sihat.

LAWATAN PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN JBPM KE ABPMWU

15 Februari 2024 (Khamis) - YS Dato' Haji Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Latihan JBPM telah hadir ke Akademi Bomba Wilayah Utara bagi meninjau & mendengar taklimat ringkas daripada PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara bagi persediaan perasmian kelak. Turut hadir bersama YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak dan pegawai² kanan.